Friday, June 22, 2012

E-day || Review: so call Pelamin

Wow... nebes bila terjeling kat ticker di sebelah. Ngam2 lagi 6 bulan. xbuat apa pun lagi... Ahad ni baru nk gi meeting cum dating ngan tunang tersayang, planning for our big day.

Anyway, jom nk review sikit pasal tempat sarung cincin pertunangan ari tu. Boleh la jugak klu nak panggil mini pelamin. Yang mana asalnya memang xder dalam angan2 pun. I just nk satu sudut yang proper utk upacara sarung cincin. Nak ala2 photobooth n morden vintage yet simple...
Walaupun asalnya mama mcm xsetuju dengan idea D. Lol... Tp sebab hal ni kami bincang on my birthday, jadinya semua OK. Lakaran so call "pelamin" oleh kawan mama, Raja. i just share d concept, and he come out with this...  Yes! ni yang kita mau...
Tunang kata ok... Cuma for kerusi kena cari yang utk 2 org la kan.. Nanti mcm mana gaya nak sarung cincin nya ;D

Part paling mencabar adalah mencari kerusi morden vintage yang diidamkan. unless ur house mmg pakai kerusi mcm ni, untung la... xyah sibuk2 nk mencari lg. Antara design kerusi yang dicari, mencari, tercari2..
My 1st choice. Cari merata kerusi ni. Boleh beli n pakai utk 2nd living room.

Jatuh cinta dengan colour yang sweet ni...
Love it!!!
Perfect!!!

Suka semuanya.... Hahaha...

Untuk deco, kami hias wall dengan frame yang pelbagai size. Pemilihan gambar pulak selain dari muka sendiri, adalah insan2 tersayang n the lovely little moments in my life.
Bahagian kiri pelamin dan kanan pelamin dihias dengan side table, bunga, cushions, white lenterns dan Muya. Final touch-up, untuk nampak lebih sweet tabur jer soft pink rose petals dan lilin biru dibahagian depan kerusi.

Ni la hasilnya..
Eh ada sirih junjung pulak kat situ ;P 
Gambar ni sebenarnya amik malam lepas event. Sepatutnya ada vase hijau di situ. Sebab bunganya dh layu i gantikan dengan sirih junjung yek kawan-kawan. Hahaha...

Kita kasi 1 lagi pic yek...
Nampak tak vase di situ? Cantik jugak kan hasilnya... Love it!!!

Ok bye ♥ XOXO

Wednesday, June 20, 2012

E-day || Hantaran B

Bayak kena wat review ni... Pada B2B yang bertanya sabar yek, D akan buat n3 satu per satu.

Ok hari ni jom citer pasal hantaran.

Sememangnya pemberian hantaran merupakan adat Melayu yang dijadikan amalan sejak dulu lagi. Hanya trend saja berubah-ubah mengikut edaran zaman. Mengenai apa barang hantaran yang perlu kasi utk e-day dan w-day, terpulang pada perbincangan kedua pelah pihak. Tak ada apa2 guideline, cuma perlu sensitif pada adat dan budaya kita.

Hasil perbincangan dengan tunang tersayang (waktu tu lum tunang lagi la kan...) kami dh sepakat dengan bilangan 7 dulang berbalas 5 dulang untuk kedua2 majlis. Kat sini D listdown hantaran buat tunang tersayang berserta gambar hasil sumbangan dr lensa Abg Nik, Iffa & Kadri.

Theme: Royal Blue + crystal
Accessories: Dulang tembaga + Bantal hantaran (DIY)
Deco: Fresh flowers of Blue Hydrangea, Soft Pink Roses and Baby's Breath

Tepak Sirih ♥ By Mama Long
 Disediakan oleh Mama Long, mak sedara D yang sulung. Waktu akak pun mama long yang buatkan tepak sirih. Kata orang barang2 dalam tepak ni seperti kapur, pinang, gambir, sirih, ect dan cara susun nya membawa maksud yang tertentu. So kita serahkan pada yang pakar jer la sbb D memang fail bab ni.  Tepak merah ni pulak turun temurun punya, milik arwah opah. Barang lama memang bagus buatannya. Tenunan emas tu sikit pun xluntur. Pemberian tepak sirih merupakan adat dan ia dikata sebagai pembuka bicara dan kedatangannya membawa hajat yang sangat besar.

Bunga Rampai ♥ By Mama
 Hasil kerja tangan Mama. Buat malam sebelum majlis. Bau dia best sgt...Semerbak satu rumah bau pandan dan air mawar. Best!

Macaroons ♥ from Sis
 Si comel macaroons dari Nathalie Gathaliegourment Studio, telah ditaja oleh kakak ku yang vogue. Serious best sgt macaroons ni.

Baju Melayu + songket
Kain baju melayu colour putih dari Euro Moda. Idea asal lipatan dari mama dan dibantu oleh Ita.

Ferrero Rocher ♥ from Nunun + Fahrin
Coklat tajaan Nunun & Fahrin. Awal2 dh cakap nk sponsor FR. Untuk deco kita serahkan kat mama.
Ni jer yang 100% hasil sentuhan sendiri. Hahahaha... ofcoz it's homemade. Rainbow cake yang tinggi, berat dan yummyyy. Kek ni sgt special dlm perjalanan cinta kami ;P

Pulut Kuning + Rendang ♥ from Kak Aishah + Raja 
Tajaan lagi... dari kawan mama kak Aishah dan Raja. Mereka jugak bayak membantu dalam persiapan majlis. Pulut dan rendang itu sangat sedap!!!

Untuk deco fresh flowers puas hati sangat. Merata2 cari florist yang boleh buat deco pakai fresh Hydrangea. Suke bunga ni... comel. with roses semestinya...
Alhamdulillah, atas bantuan tunang tersayang akhirnya dapat apa yang nak... Hydrangea dengan 3, 9 dan 10 roses. Yeahhh...

Nak cakap apa lg? Saya sangat suke dan bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusan kami! Dan sangat berterima kasih kepada yang telah menaja, membantu, terlibat secara lansung atau tidak lansung; feeling retis kejap ;D

Friday, June 15, 2012

E-day || 3.6.12

Hi B2Bs n all lovely readers...

Kembali bersiaran dengan n3 yang agak panjang.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancer n’ 99% seperti yang dirancang. Sangat3 happy n satisfied. Lagi 1% tu xnak citer kat sini. Merosakkan mood jejari montok ku nk menekan key board lak nanti.
Terima kasih yang tak terhingga kepada tunang tersayang, Circlelicious, family, sedara-mara yang terlibat dalam menjayakan majlis.
Sebahagian dari keluarga

Bersyukur atas rahmat n ketentuan Yang Maha Esa. PerancanganNya memang sgt cantik dan indah. Terima Kasih Ya Allah kerana meanugerahkan bakal Suami yang sangat2 sempurna dan menyempurnakan diriku. Rahmati dan permudahkan la perjalanan kami dalam membina mahligai cinta ini.
Perancangan awal kami nk bertunang hari yang sama ngan nikah. Ala2 retis gitu... Hahaha..  gurau jer... Simply just because, nk utama kan yang utama. Bertunang kan adat, yang utama is Nikah. But hey, kita melayu kaya dengan adat warisan kan. Moden mcm mana pun adat jangan dilupakan. Atas permintaan keluarga, maka kami mula merancang utk majlis pertunagan yang serba ringkas dan sederhana. Ringkas yang sampi semua xnk... xnk pelamin, xnk crown, xnak vail, xnak baju istimewa. LOL... sampai mcm tu sekali. End-up ada jugak tp simple2 jer...

Barakallah...Rombongan pihak lelaki seramai 16 kereta dtg memeriahkan majlis dan membawa berkat, doa & restu buat kami. 5 dulang hantaran dari pihak lelaki berbalas 7 dulang hantaran dari pihak perempuan.
Keep it sweet n simple... 60% DIY + sponsored, 30% lain2; kita citer satu2 kat n3 lain yek.
Buat tunang tersayang, terima kasih atas kasih sayang n cinta yang tak pernah kurang buat diri ini. Sentiasa ada di sisi, memberikan yang terbaik, sokongan dan dorongan. Sejak mengikat tali pertunangan ini banyak kebaikan dan rezeki yang dtg. Lebih memahami, trust n cool yo!

Buat lovely Circlelicious, (Iffa, Nunun, Kamaalul, Zeera, Kadri, Ita, Azzue, Fahrin. Yang xder dlm gambar Chip, Cipit, Azie, Aus) sahabatan yang xder tandingan.
Terharu wei... Senang nk cari kawan, tp bukan senang nk ada sahabat susah senang suka duka ketawa bersama. If korg ada sahabat, jaga la persahabatan yang dibina bertahun2 itu. Mcm D yang hanya ada sorg akak jer, sgt2 bersyukur dikelilingi oleh sahabat2 yang berhati mulia mcm mereka. Korg adalah sebahagian dari hidup aku. Tq sgt atas segala2nya yang korg dh buat utk menjayakan majlis ni. Semoga persahabatan kita ni berkekalan hingga ke akhir hayat.
Kawan2 yang xdapat join jangan sedih n jeles yek. Hikhik... Tunggu Big Day yek. Terima kasih atas ucapan2 dan doa2 kalian. Luv to all. Muaxxx...