Saturday, October 30, 2010

Sisters outing day

Abg ipar tguk bola kat stadium. akak & adik ni berouting di Mid Valley.

Handbag: Coach. LV. Guess.
Perfume: Chanel Coco Mademoiselle. Chanel Change. Marc Jacobs Daisy. Gucci Guilty.

Dinner at Chillis. Tunggu 30 minit baru ada table. try jus tomata, dap jgk tp ada rasa masin2 sikit kat ujung2. kenyang sgt. tak jd lepak kat coffee bends & tea leaf. lain kali saja.

berdua. mmg kami berdua saja. penawar & racun. madu & hempedu. kawan & lawan. segalanya kuterima. 

sayang...sgt sayang. satu-satunya kakak a.k.a adik berberadik yg aku ada.

Friday, October 29, 2010

slow | sweet | smart

4 magazines. 1 pun lum abis baca lg. lemau betoi la... kenapakah.


week yg slow. bkn time. aku yg slow. 2 ari demam bergambar menyumbang pada keslowan itu. bila mengomen FB agak pantas. mmg pantas. speed 40 komen seminit. belum over speed. no saman. taniah kawan2. mmg terbaik. 

bila otak tak leh nk berfikir, tguk gambar2 candid dan tak candid yg best. ada jiwa. muka tak perlu sentiasa senyum bersedia utk nampak cantik. pelbagai memek muka. rare. cantik. smart. suke sgt... tguk ulang kali pun tak boring. baca komen2 juga menghiburkan. takde amik ati. semua sporting.

detik yg tak kn dapat berulang. hargainya. moga persahabatan ini berkekalan. rapatkan & eratkan.

Monday, October 25, 2010

2 hari 1 malam

Best bila dapat berkumpul ramai-ramai.

selalu jumpa kat kenduri kawan2 , hai hai bye bye. kali ni lain sikit. pasangan pengantin batch sama. keduannya kawan kita. majlis resepsi & sambut menantu selang sehari je.majlis meriah. kami2 yg dtg pun meriah orgnya. wlupun hujan tiba2 turun agak lebat, kami setia menunggu. baik tak? baik tak? baik ada makna tu...

outdoor photoshoot dekat skolah. kami setia menemani pasangan pengantin wat photoshoot. mmg lain dr yg lain. kwn2 teman pengantin wat photoshoot. pengantin, terharu tak? ktorg baik tak?

dekat 20 kater tukang 'teman'. baik tak?
sbnrnya aku xkira. main agak2 je...

tu baru kater, belum kira org lg. secara purata, 1 kater 2 org. darab sendiri la. ramai kn tukang teman. baik tak?

mmg baik ada makna. pengantin wat photoshoot, tukang2 teman pun sama. melebih2 dr pengantin. semua ceruk nk bergambar. over kan. mesti over... tempat jatuh lg dikenang, inikan pula tempat kena denda jalan itik. hahahaha...
note: dh ada reban kat tempat budak2 silat wat aksi. klu adik2 junior kena denda jalan itik, amik je itik kat bawah tu suruh dia tolong jalan kat koridor kelas korg yek. dh tu mmg keja dia.

bermalam berBBQ bermeeting berchatting sampai pg. terlalu banyak kenangan yg di recall. 1 malam pun tak cukup rasanya. 3 malam tanpa bintang, itu lagu Fiq. sesi interview & press conference pun ada. ketawa ngn sopannya sampai pagi. mau tak, byk sgt sound effect dlm penceritaan. 9 org pya citer. yg lain dh tido.
background music tak boleh blah, smpi kul 4 am org Taman Maju masih berkaraoke. sgt impress.
makasih utk makcik umah sebelah yg baik ati. sbb x sound kami yg berwakakakakah. mgkin dh biasa kot.

masa berlalu terlalu pantas. dh besar dh kita. dh jd org. pencapaian yg boleh di banggakan.
bila menoleh kebelakang semula, kenakalan kita menjadi kenangan indah yg tak rugi dikenang.

3 jam tido tak menjadi masalah. sesudah subuh dh tak rasa nk tido pulak. panaskan apa yg patut utk sarapan. girls main makeup2 dlm umah. klu 1pm gerak ke kg.gajah utk majlis sambut menantu. jumpa kawan2 yg smlm tak jumpa. klu wat game collect points, sure yg dtg dua-dua kenduri leh menang. lepak2 di umah pengantin buat mcm umah sendiri. possing sana possing sini.

balik time. sedih pulak rasanya. aku sedih. korg aku tak tau la... berpisah disini. kutub utara kutub selatan. yg balik menuju ke KL sempat lepak di teluk intan. mkn di bumbung biru. ada gak yg tak pernah gi menara condong rupanya. layan tangkap2 gambar dulu.

moga ukwah dan persahabatan kita berkekalan. sgt syg dgn persahabatan ini.

Sunday, October 24, 2010

great weekend

very very very happy. mmg sgt great.
wedding. gathering. bbq. gossiping
esok kita citer panjang yek. sgt penat. yet sgt happy.

happy for both of u. congratulations on ur wedding friends.

Friday, October 22, 2010

keterujaan

jujurnya, mood keja no no. tak sabar nk gi kenduri member esok. terlebih tau...mcm dia lak yg nk kawin. hahahaha...bkn, sbb nk jumpa kawan2 school dulu. dh 9 thn kami tinggalkn skolah. lama kan. dh jd org pun semuannya. Alhamdulillah...

kenduri esok pasangan ni satu skolah. satu batch. yup, sama umur ngan aku la. hamboiiii....dr skolah dh bercinta yek. tak....kat skolah dulu dorg tak bercinta pun. JODOH.

outdoor photoshoot kat skolah. yeaahhhh....terlebih kan. mmg pun. tak dapat bayangkan kemeriahan nya nanti.


hati berdebar. kenapa yek.... Ya Allah, mohon yg baik2 saja. Amin..

baking paper dh abis. kena singgah baking shop balik ni. pisang jgn lupa. wat banana cake pulak.

Lunch with Cheng Cheng

received call. she will come and pick us up for lunch. 
tak lama sbg kawan office. hanya 8 bulan. masih bersahabat hingga kini. 2 years. Time flies.

Thanks dearest friend. your thought much appreciated. Friendship is such a beautiful gift.

21.11.2010 update

manage sampai sebelum kedai tutup. syukur. klu tak, masak nk redah masuk KL ari jumaat. wlupun hanya 5 drive from house boleh jd 1 jam.

end product, puas hati. quality bagus. moga biz dorg terus maju dan berkembang.

apa pun biz kita in, tingkatkan prestasi jaga kualiti. Bila sudah berada di atas, kadang-kadang kita alpa. Kurang sensitive  pada keadaan sekeliling. Kita manusia sama sahaja. yg membezakan kita amalan. jgn terlalu mendongak langit, igt kaki masih berpijak di bumi. 

moist chocolate cake dh siap. esok nk buat banana cake. harap2 mood baking maintain.

Thursday, October 21, 2010

masih di office

asal ckp nk balik on time je mesti delay. ada je penghalangnya. time tu la ada itu ini.
Skrg masih di office.
After magrib nk ke semua house. Harap2 tak jem n manage sampai kedai tu sebelum 8. Mmg nk amik ari ni jgk. Klu esok mesti lg jem KL. Jumaat. Traffic mmg lain mcm.

demi masa

revised policies & procedures dh abis baca.

meeting postpone sbb sorg mc. mesti ada bakeup plan. adjust mind utk wat keja lain. mmg momentum tak sama, tp kena bijak mengurus masa. takkn nk goyang kaki je ari ni kan. tak berkat lak rezeki aku nanti.

demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian.
skrg masa terasa amat singkat. dh hampir ke ujung bulan 10. tinggal Nov dn Dec utk habiskan tahun 2010. terasa mcm baru sgt sambut tahun baru 2010. mcm mimpi je. hargai masa, hargai hidup, hargai mereka disekeliling kita. yg berlalu takkan berulang. yg pergi takkan kembali.

semalam 20.10.2010. aku tak buat post mengenainya. takde apa yg istimewa, melainkn kombinasi no yang cantik. moga 2011 memberikan makna yg besar dalam hidup aku. Amin...

bila mata merajuk

niat nk tido awal. rehat cukup. walaupun mata agak berat, tp masih tak boleh nk lelap. penat sgt ke? bkn buat keja berat pun. otak yg penat kot.

honey cornflakes hampir penuh tupperware. bila dh siap tak rasa nk mkn lak. saja je nafsu mkn aku ni. main2 lak dia. penat buat. betul jgk tu, sbb penat buat nk mkn pun tak lalu dh.
lately bila igt pada mereka yg jauh di mata dekat di hati, tak lama received call or text dr dorg. agak power gak kuasa minda aku ni. hehehe... lama tak jumpa mereka. windu sgt rasanya...
syukur pada kasih syg yg Engkau kurniakan.

harap esok boleh berfikir ngan kreatif. think out of the box.

Wednesday, October 20, 2010

Padat

Productive.  Meet target. Alhamdulillah...

mata dh letih. double image. setelah 2 hari berhempas pulas dgn cik excel yg byk pulak coloum dan row nya. done.

opppssss....revised policies & procedures xsempat nk baca n initial. mesti buat esok pagi2 sblm meeting kul 9.30. ok, kena rehatkn minda dgn secukupnya mlm ni. meeting esok mesti panjang, will go very details.

Chooowwwww....

Tuesday, October 19, 2010

High risk high return

5 utk kali ni. takut jugak. berdebar dalam hati.

Harga besar. Margin tak berapa besar. Aku target by the time masuk board, terus naik naik naik. Risiko tinggi. Sbb pernah terjatuh diawal penglibatan, membuatkan aku lebih berhati-hati. Mmg sukar diduga. Even mereka yg buat review pun kadang2 tersasar juga. Unpredictable. Hanya mengikut gerak hati. InsyaAllah ia betul dan dipermudahkan.

Tuhan, aku mohon keberkatan dalam rezeki yg Engkau kurniakan.
Bismillahi tawakkaltu 'alallah. Amin….

bukan cinta biasa

perjalanan kita berbeda. bukan kita yg menentukan sapa benar sapa salah. jgn terlalu cepat menghukum. ia tak membantu. cuba selami dan dalami apa yg berlaku. fikir dgn rasional. jgn terlalu emosi.

jika diberi pilihan, semua org mengimpikan kisah cinta seteguh taj mahal. Shah Jehan hanya utk Mumtaz nya. percayalah pada jodoh yg telah ditetapkn oleh Maha Esa. bagaimana mereka bertemu, perlukah kita mempertikaikannya?

kawan, jgn melawan takdir. jika itu jodoh dia, kita doakn yg terbaik buat mereka. bukan kerna dia kawan kita, tp dia hanya insan biasa, seperti kita juga.

Monday, October 18, 2010

crazy about MAC limited edition

Last 2 weeks, belum sampai lg. suruh dtg lg 2 minggu.

Semalam buat lawatan to MAC sogo, mmg butik favorite xleh tipu. byk dh sold out. yg di aim semua sold out. sgt sedih... Bukan rezeki aku. Bukan rezeki client2 aku jgk. Mmg suka sgt kumpul limited edition. Satu kepuasan. Utk koleksi kali ni tak dapat apa2 pun. ada 2 lipstick yg dh spot smlm. Tak beli sbb nk tguk colour yg ada dlm make-up box. Emmmm…yg merah ala2 lipstick Estee Lauder, baru beli bulan lepas. Yg pinky purple pulak boleh dipertimbangkan. Mgkin kena wat lawatan sekali lg utk puaskn ati. Jgn ikut nafsu n paksa diri lak. Tak pakai membazir je.

Tgu bulan 12. Ada yg lebih menarik. Kumpul duit dr sekarang (^_^)

Hopefully tak miz lg. Redza, i'll call u end of Nov k. Wiiinnnnkkkkkk…….

Thursday, October 14, 2010

Breakfast

Permulaan hari yg baik. Alhamdulillah, kesyukuran ku pada Mu.
Moga apa yg dirancang dapat dicapai.

Esok cuti. Harus lebih productive hari ni. tak mau bawak ke minggu depan. Apa yg perlu buat harus diselesaikan. Time management sgt penting. Elakkn dr menangguh kerja.

Apple + carrot + orange juice mmg best.

Breakfast dulu.

pengalaman

Experience is more important than qualification. perkara ni pernah menjadi issue.

org lama kata; pengalaman tak boleh dibeli. pengalaman dlm dunia koprat tak diajar kat uni. BETUL

sekiranya degree itu tidak penting, kenapa perlu diwujudkan universiti? kenapa qualification menjadi syarat. jgn terlalu sempit fikiran. pengalaman manusia berbeza. belajar juga pengalaman. mengaplikasi kan ilmu yg ada juga pengalaman. mendapatkn result yg cemerlang juga pengalaman. kumpul carry marks juga pengalaman. final test, open book test juga pengalaman. segulung ijazah juga pengalaman.

tidak perlu mempersoalkn ilmu dan pengalaman. kerana ia perlu seiring.

ada org belajar melalui bacaan
ada org belajar melalui pendengaran
ada org belajar melalu penglihatan
ada org belajar melalui pengalaman

jgn berhenti belajar. buka mata, buka minda, buka hati.
Balik kepada asas. tuntutlah ilmu hingga ke negeri China.

Wednesday, October 13, 2010

Guava RM0.01

lepas ramadhan & syawal berlalu. perangai lama dh mula balik. lepas mkn kami serang Giant. itu wajib. kdg2 tak beli pun. tguk2 je...audit Giant Atria. Hahaha...
org giant pun dh kenal sgt geng kami. 2-3 ari tak dtg pun org leh perasan. dh cop muka ni kat giant between 1.30pm-2pm.

disebabkn itu rutin lunch kami, harga2 barang pun leh igt. bila offer je cepat2 kasi tau kwn2. Giant kat sini selalu silap harga. pernah dapat beli minyak jagung 500ml RM3.90 sepatutnya RM6.90. apa lagi borong 8 botol. org giant tu pun pelik tguk budak2 ni. nak buat apa minyak byk2. ada sindiket sorok minyak ke apa. barang murah, mesti mau beli maaaahhhh...
bila oreo turun harga pun kami borong. aku je 10 pack. buat oreo cheese cake. mmg best.
Susu pekat pun pernah dapat murah. waktu gi tu sale dh habis, tp dia tak tukar price tag. apa lg aku borong 6 tin. budak2 ni siap amik gambar price tag sbg bukti lg. dapat special discount.

ok la, nk citer banyak2. takut ada pihak yg tersinggung dgn kenyataan ni (^_^)

ari ni beli guava dgn price RM 0.01. tak percaya???? percayalah.hahahaha...

Tuesday, October 12, 2010

Cik Notty


mcm2 ragam.manusia. they're not difficult, they're just different. cuba utk memahami perbezaan itu. banyak kebaikannya. 
dlm membina kerjaya byk dugaannya. ambil semua yg berlaku sebagai pengalaman yg berharga. semuanya akan menjadi kenangan yg indah pada masanya. mmg akan ada rasa sakit hati, xpuas hati, makan hati. semuanya penyakit hati. klu tak pandai control parah jd nya. klu tak dirawat barah jd nya.
perlu ke xsuka org ni xsuka org tu. mcm budak2. sikap professional amat penting. focus pada issue bukan individu.
itu nasihat aku pada junior executive kat office td. ingatan utk diri aku jgk.
nama baru, cik notty. thanks to mr nakal.

Monday, October 11, 2010

Blue Blur Break

Blue Monday.

Blur tak jugak. Tau apa yg nk kena settlekan this week. Everything has been planned ahead. yg tak plan pun ada. sbb boss xde, kena take charge. Mood je mcm xberapa nk ada. Semua jd slow. Maybe bcoz to many things to do.

i need a break. Blues utk aku mmg best. lama tak sketch kartun ni.

Sunday, October 10, 2010

10 10 10

ramai mencipta sejarah sendiri pada tarikh ni.
apa yg aku nampak dgn mata aku sendiri pada 101010:
- 2 canopies terpacak gah kat kawasan umah aku kat perak. ujung kiri n ujung kanan. kenyang org kampung mkn kenduri.
- akak member aku bertunang. terdengar 2 org pakcik yg depan aku ckp, lepas ni nk gi kenduri lg satu kat taman tu jgk
- dlm perjalanan balik ke KL, dr simpang pulai ke bidor jumpa 4 kenduri. (ikut jalan lama sbb nk singgah bidor). atas pada tu xtau la pulak. sbb dh masuk highway.
- sebuah nissan sport tertulis "just married" kat belakang. sweetnya....
- kedai2 kat mid valley tak ketinggalan buat special promotion.

aku ada make-up job kat ipoh ari ni. semalam gerak balik perak, tu yg nampak kemah2 tu. after make-up job terus balik KL. petang, sempat jenguk2 mid valley ( '__*)

Friday, October 8, 2010

Jahat


Aku sudah serik bercinta kerna asyik berakhir dengan kecewa. tapi sejak hadirnya dia semua sistem kawalan kini terdedah. kepala kata jangan gelojoh. hati pula kata pergi (go baby go). Benarkah cinta itu buta kerna tak nampak apa selain dia.

Aku. aku bagaikan sudah terkena mantera cinta. dari manakah kau datang menyerang diriku. diriku yang disangka kebal.
Oh jahatnya kamu. Jahatnya kamu.

Engkau. engkau penyebab diriku terigau-igau. kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu. ku mahu ku mahu denganmu selalu. Oh jahatnya kamu. Jahatnya kamu.

Apa agaknya sudah jadi pada ingkar untuk tak bercinta lagi. walaupun belum bersedia. tapi hatiku mendesak dan menggesa.

Jahatnya kamu. Jahatnya kamu.

tgh layan lagu ni

Senyum

Jumaat. aku suka. bkn sbb esok weekend. itu perkara biasa.

Segala kekusutan telah terlerai.
Bertanya utk dapatkan kepastian. kita hanya manusia biasa. tak lepas dr kesilapan. ada kala kita alpa. kata-kata dan perbuatan bisa menguris perasaan. tidak sukar utk memohon maaf.

hanya sepotong ayat boleh membuatkan kita tersenyum atau berduka. Syukur dgn perkhabaran itu. Aku doakn yg terbaik buat mu.
 Aku tersenyum.

Thursday, October 7, 2010

kurus

xde selera nk mkn. mana menghilang pun xtau la. boleh kurus mcm ni. suka sgt la klu dpt kurus mcm zaman kegemilangan aku dulu. zaman kegemilangan??? ada ke??? tak de pun. suka-suka je ckp.

cantik dan kurus mcm adik-beradik. sgt subjective. semua org bebas menilai mereka. bercakap pasal aku, ada yg kata dh ok mcm ni. xyah nk diet. ada jgk yg kata; gemok la,kena diet sikit.

aku sendiri, rasa diri gemok skrg ni. plus aku tak tinggi sgt. bkn obses pada kurus, tp utk kesihatan. bila berat naik, mcm penat nk bawak badan, rasa kemalasan. penyakit lain pun boleh tumpang sekaki. bila pakai baju terasa mcm buah nangka je, petanda la tu. xsexy ok. bahaya tu...

beli baju baru? mmg xkn beli baju baru klu sbb baju lama xmuat. lebih mahal. hahaha...xla, gurau je. betul, mesti kita akan beli size lebih besar. nanti aku tak sedar diri. yela, xmuat beli baru, xmuat beli baru. lebih besar besar besar besar punya. boleh bukak butik mcm tu. semua size ada.

apa susah, slimming centre kan banyak. mcm cendawan tumbuhnya. wanita metropolitan obses dgn kecantikan. klu tak, masakan tempat ni boleh survive. tak kisah habiskan ribuan ringgit utk cantik. tguk advertisement dorg ni mmg gila. dari XXL boleh jd XS. bayangkan...ehhh...xyah bayangkn. fikirkan berapa duit yg dh terbang, kesengsaraan, tekanan yg meraka hadapi.

kan lebih elok mengamalkn gaya hidup yg sihat. duit pun tak melayang. mencegah lebih baik.

sekadar mengingatkan diri sendiri. aku skrg tgh mencegah sambil merawat.

Lambat itu lewat


Terlambat bangun. tguk jam 7.58 am. Memang lambat. Kelam kabut dibuatnya. tak dgr pulak alarm clock menjerit. Selalu klu org bukak pintu pun aku leh terjaga. Ni kan lg bunyi alarm kat tepi katil. Mgkin sbb 2 3 ari dh tak boleh tido lena dek terlalu kepenatan. Semalam cover balik. Tu yg tak sedar diri dibuatnya.

Waktu mandi perlu disingkatkan. Basuh muka, gosok gigi, sabun seluruh badan. Done.
Baju, amik je mana yg mata mula-mula tangkap. Iron dulu. Kemas itu perlu. Done.
Naked face. Tak sempat dh. Kat office baru touch-up la. Kerja office mcm aku mmg perlu kemas dan cantik. bukan la suruh make-up tebal2. cukup sekadar sedap mata memandang. 8.20am sudah. drift jugak karang ni.

ngam ngam 8.30am sampai. Tp jam kat office ni awal 5 minit. Ikut time semasa, cun dh tu. Tp ikut jam office terlewat 5 minit L

Wednesday, October 6, 2010

perfectionist

Done. Will work on d report tomorrow.

dlm apa pun ada chain effect. ada consequences. aku mmg perfectionist. apa yg aku buat nk yg terbaik. xsuka buat silap. nampak mcm bodoh. biar amik masa sikit, asal outcomes nya bagus. semua org buat silap. betul. belajar dr kesilapan. aku letakkn benchmark. 3x acceptable. lebih, sila jawab sendiri.

bkn cerewet. kerja perlu ada kualiti. silap perlu diperbaiki. jgn ulangi kesilapan yg sama. tak ada kesudahannya. 

semak but productive

subuh2 satu text masuk. sorg tak leh dtg ari ni. sgt semak. semalam dh susah payah hingga saat yg terakhir. apa boleh buat. kita merancang tuhan tentukan. apa pun aku tak putus semangat. ada sedikit rasa kecewa, itu lumrah. dugaan.

hati tenang. productive. Alhamdulillah.

byk yg kena settelkn ari ni. perlu. aku ada deadline sendiri.

Tuesday, October 5, 2010

Confusion

Jiwa kacau. xkeruan.

mmg aku ada satu kelemahan. paling takut melukakan hati org yg aku syg. xboleh kena marah ngn org yg aku syg. tegur xpe...bukan menengking. lemak la klu tegur pun tak boleh. igt ko tuan puteri. itu mmg jiwa aku. xleh nk tipu. sekental mana pun aku dlm mengejar kejayaan dan membina kerjaya, aku masih tetap aku.

confuse, marah ke sayang???

Exciting Sunday

Awal pagi dah bagun. penat smlm masih terasa. niat suci nk gi saloon kat pavilion. naik public transport. last naik xigt bila. klu nk kira dr umah ke KL central tak jauh. cross jalan je. tp klu nk menapak boleh terbakar gak lemak2 ni. drive n park kat sana. pusing pya pusing xjumpa open parking. dh tutup wat construction. nk drive gi pavilion, malas. xsuka sesak. cancel la. xjd gi.

terus menuju ke tesco. masak2 pun best gak. call akak, ajak lunch sekali. lama tak lunch sama2 kat umah. selalu klu mkn sama kat restoration. steam fish, sayur, sup cendawan, ayam goreng. dessert, cupcake. air, asam boi. best!!!

petang trial make-up nunun. dlm kul 4 nunun n fahrin sampai. lepas minum ptg baru mula make-up. try tudung nikah n veil yg beli semalam. mmg sesuai. puas hati dgn make-up touch aku. paling penting nunun n fahrin suka. bincang sikit itu ini, semua pihak puas ati. Alhamdulillah...

lepas nunun balik, aku terus buat carrot cake. Mom's friend ordered semalam. Nk ckp xboleh, xsampai ati pulak. kek naik cantik je. semerbak baunya. mata dh tak larat nk bukak. kek xsejuk2 gak. texture carrot cake mmg lambat sikit nk sejuk. tak larat dh. tido dulu, esok pg baru buat topping.


aku bukan super girl. syukur sekurang2 nya semua tercapai ari ni. Thank you Allah.

Monday, October 4, 2010

Saturday with Nunun

Sementara masih panas n fresh kat otak ni baik mula menulis. Nanti bila lemau xbest dah. N3 yg agak panjang. sila tarik nafas yek.

Nunun, watak utama dlm citer ni. BFF, hingga akhir hayat, insyaAllah. Nunun sampai umah aku kul 11.30am. seperti yg dijanjikan. aku tgh wat topping utk cupcakes nk deliver kat bukit kiara kul 1pm. (Mom, thanks tlg jd delivery girl that day. Muaahahahaha...Love u mom) Sementara tunggu aku siap, layan diri dgn nasi goreng n coffee yek. ohhh...InTrend Ogos sbg penyedap rasa.

Siap2 kami serang Jalan TAR. Park dekat Semua House. berjalan ke 1 kedai ni. emmm...tak de yg berkenan dihati. Lace nya ok...tp xde jual sepasang ngn lelaki.

Jakel
Kami menuju ke Jakel. Tak buang masa, terus naik tingkat 3. Hambik ko, mcm2 ada. Name it.

"Cari baju kawin dik? Kain lace ke Chiffon?"
"Kain lace" kami senyum saja.

menuju ke bahagian kain lace. Rambang mata. tak tau nk pilih mana satu. nak cari warna pastel je. nanti overshadow pulak. Pink. sgt sweet. tp lelakinya nanti... bkn semua lelaki OK with pink. pening...akak yg layan ktorg tu pun mesti pening jgk. hahaha...

"adik ni ke yg nk kawin?" bertanya padaku.
senyum saja "belum lg kak, kawan sy"
"ooo...nk tema colour apa?utk nikah ke sanding?"
pecah ketawa kami
"utk pengapit kak, sbb tu nk colour light je... nanti over dr pengantin pulak"
akak tu menganguk faham.

"adik ni mcm pernah nampak la. pernah dtg sebelum ni kan" sorg la sales assiatant tegur aku.
senyum saja. cuba ingat, ada ke ye?
"dulu pun dtg beli baju kawin gak kan. ngn sorg kawan tu"
ooohhh....ngan fiza la tu.
"aah, ada kak. kwn sy tu kawin dh pun"
"adik ni dh kwin"
hahahaha...hot question. senyum "belum lg kak"
"tak lama lg la tu"
"alhamdulillah, InsyaAllah"
Baju sanding sebelah nunun colour offwhite, pengapit pakai soft pink mmg cantik. agak sweet.
Sebelah suaminya colour champagne, pengapit xtau nk match colour apa. cream mcm xnaik. gray mcm xbest pulak. pengapitnya yg susah nk decide pakai colour apa (haku la tu ;P)
Last2 terjumpa satu yg berkenan di hati. Chiffon, dark green lining gold. mmg cantik. aku suka suka suka tersgt suka. biar mahal sikit, asal boleh pakai lg. klu beli lace, nanti malu nk pakai klu tak kena tempatnya.
Status: Baju pengapit, settled.

Tgh2 sibuk mencari baju pengapit yg over acting ni, terjumpa veil yg nunun suka. panjang n simple. bagus, mmg rezeki. dapat discount lg. mau tak, ratusan hengget dh abis.
Status: Veil, settled.

habis di tingkat 3, kami turun la. dh kuar boleh masuk balik. hahaha... Lupa nk beli kain lining utk jubah nunun. sbb jubah batik tu agak jarang la. mmg ada dlm list brg yg perlu dibeli.
Status: lining jubah, done

opppssss...ternampak kain pelekat dlm container yg agak presentable. for a gift utk sedara-mara sebelah nunun. harga setelah discount berpatutan. maka, beli.
Status: gift (man), done.

Cityone Plaza
Simpan semua barang2 kat kater dulu. dh penuh tangan dh ni. Berjalan ke cityone plaza. Nk cari accessories. Rantai panjang yg simple je. Masuk kedai sana sini, xde yg tersangkut. blah je la... settlekn yg lain2 dulu.

Semua House
Nk cari kadai printing, terjumpa kedai accessories. Singgah dulu. Jumpa apa yg dicari. Rantai silver dan tanjak songkok (betoi ke nama dia tanjak. klu salah bg tau yek). Harga sgt ok. beli. Sebelum kuar, tya adik kat kedai ni location kedai printing. Kat bawah rupanya.
Status: Rantai silver, settled. Tanjak, settled.

De' Armani Niaga. Thank you tag utk door gifts. Sementara Nunun tguk2 design tag, aku selak2 album name card. mmg nk buat, tp xantar printing lg. Alang2 dh masuk kedai ni, tguk harga pun ok, service pun baik, buat kat sini je la. Bukak bil, utk name card n thank you tag. Bayar depost.
Status: Thank you tag, done.

Tiba2 mata member aku ni ternampak gift box. cantik. sweet. mmg ada dlm list nk beli. nk buh gift utk sedara-mara perempuan. harga, sgt ok. beli.
Status: Gift Box, done.

Sogo
Ke kaunter Estee Lauder dulu. Nk beli Pink Ribbon Collection limited edition. Kat sogo xde pulak. selected counter only. Masuk MAC, cari Disney collection limited edition. Pun xde. xsampai lg katanya. Last collection, colour yg tinggal xminat. tguk itu ini, habis 429 jugak la. xpe2. keperluan.investment.

Status update: barang Nunun, semua nk semua ada. Brg aku pun sama. Alhamdulillah... urusan kami dipermudahkan.

Nk gi open house umah Lina mmg tak larat dh. masuk secret recepi. baru igt nk makan ;P

Oh ye, paking kena rm15. huhuhu...

Jatuh Cinta. Pengalaman mendewasakan.

dari budak fresh grad yg innocent, pemalu, pendiam.
Banyak yg aku belajar kat sini.  Naik turun dalam career mendewasakan. Wlupun muka aku org kata mcm budak secondary school. aku kini lebih dewasa. Org kata pengalaman mendewasakn. Itu betul. Bila di imbas kembali, dr mula kaki aku melangkah ke sini, byk perubahannya. Yg paling ketara, fizikal la. Hahahaha… sepanjang aku kat sini size pun berubah2. Dari S ke M ke S ke L ke M ke…cukup2 la…nk S balik. Plz…

Dulu, aku susah nk luahkn apa yg aku rasa. pendam je. selalu fikir apa yg org akan rasa klu aku ckp mcm ni mcm tu. takut klu ada hati yg terluka dgn kata-kata ku. biar aku yg terluka xpe. Skrg, takde memendam2 perasaan. Kami mengamalkn open communication. focus on d issue, not d person. we can talk anything. dn habis di meja meeting sahaja.

tone of voice pun penting. aku lebih cool dlm menangani cabaran di office ni. bkn senang bekerja dgn subordinates yg lebih senior usia dan years of service. lelaki punya ego yg tersendiri. mmg agak mencabar. dia rasa dia tahu semua. dia rasa kita budak-budak. lagaknya mengalahkn manager. smpi org2 luar pun igt dia boss aku. "i pun boleh buat kerja yg u buat", aku tak melatah. aku respect kata2nya. aku kasi dia peluang. akhirnya, dia tahu aku bukan budak2 yg boleh diperkotak katikkn. 'Give respect to gain respect'. itu betul. aku dh dapat.

NO , DON'T KNOW, YES BOSS. xde dlm kamus aku. sekiranya ada dlm kamus korng, cuba idup tanpanya satu minggu. korg akan tahu kebaikannya.

Ikhlas dlm pekerjaan yg kita lakukan. jgn mengharapkn balasan. mana ada org nk buat keja free kn. sapa kata free? yg gaji ko dapat bulan2 tu apa? aku penah keja mcm bengong. masuk sebelum org lain masuk, balik sebelum kul 12am. org lain, masuk 8.30am balik 5.00pm. Gaji??? sama je...xde extra pun. mula rasa tak puas hati, tak adil, xdihargai. pernah rasa apa yg aku rasa? sbb apa rasa mcm tu. tak ikhlas. aku muhasabah diri. aku ikhlaskn diri dan tak mengharapkn apa2 balasan. aku percaya pada rezeki yg Allah berikan. bila ikhlas aku dapat lebih dr apa yg aku nak.

Saat ni,apa yg aku ada sekarang sgt priceless. aku rasa aku jatuh cinta. jatuh cinta pada kerja aku. am different person from the first day I step-in. boss aku ckp aku cool. hahaha... kawan2 jgn ckp begitu. "mcm mana nk jadi mcm ko, sgt cool". Humans are different not difficult ^_*

Syukur pada rezeki Mu. tempat aku di sini.

open house

Meriah. Thn ni lebih besar n lebih organise. Cuaca panas tak menjadi penghalang.
Kari kepala ikan mmg signature dish. Life band xkurang hebatnya. Konsep open house memang tercapai. Bersalam-salaman, bertanya khabar dan bertegur sapa. Bermaafan semestinya. Kita tak tahu ada kala tanpa sedar kita mgkin melukakan hati org. dr kata2, perbuatan, pandangan. Mgkin pada kita biasa. Tp pada org yg menerimanya dan melihat berbeza. Sbb itu la Nabi s.a.w. berpesan supaya kita memaafkn dan menghalalkn segalanya sebelum tido. Sekiranya tidur kita itu berpanjagan, sekurungnya kita tidak membebankn org yg tinggal.

Litrak, thanks for the invitation. To Smart also, last week.

Open house aku? Ari2 open. dtg je… yg besar2an xde tahun ni. Maaf ye… tgu umah baru k ^_^

Sunday, October 3, 2010

Update blogs

semerbak bau carrot cake. tgu sejuk baru leh buat topping.

minggu yg sgt ketat dgn xtvties. family. personal. kawan. biz. semua penting. sebolehnya nk capai semua. nk puaskn ati semua. harap aku diberikan extra power utk jd super power. tak la super power iklan yg ada jin hijau tu. klu jin pink cute jgk. hahahaha...

make-up blog
baking blog
dua-dua belum update. tungggggguuuuuu....

oppppsss....citer pasal Jalan TAR pun lum lg. ok, dh buh dlm to do lists.

Jalan TAR

Jakel
Cityone Plaza
Semua House
Sogo

Alhamdulillah, semua dapat.

penat.citer esok je la yek. Cookies pun dn nk siap. tgu last tray dlm oven je.

Shutting down.

Friday, October 1, 2010

Luka berdarah

pedih
luka
berdarah

luka terkena pintu bilik. tajam jgk lock pintu bilik aku ni. bkn 'jugak', mmg tajam pun. mau tak bila dh berdarah mcm ni. luka panjang 2 inci ada la. igt calar je rupanya berdarah. boleh tahan penangan luka ni, lenguh sebelah tgn aku ni.

nk buat cupcake mlm ni dh mcm xde mood. kepala agak berat.

hiappp...hiappp...
luka xdalam mana pun. jgn kasi alasan.
kepala berat sbb kena hujan tghari td.

Tonite: buat vanilla cupcake utk deliver esok.

Esok: shopping nunun pya barang kawin. n nk tambah barang makeup aku sikit. (MAC dh launch new limited edition. perlu utk gi usha2 ni). Klu sempat gi open house umah lina.

Ahad: buat trial make-up utk nunun. sementara tgu dia dtg, mgkin leh siapkn double choc chips cookies for sis. dh seminggu order. hehehe...kesian kakak ku.


Ya Allah, berikan hambaMu ini kesihatan yg baik dn permudahkn segala urusanku. Amin

Hujan, Payung, MC, Maybank2u

Walking, cunz je...
Sampai, agak mendung
Tgh syok2 mkn, hujan

"Aini angkat kain hujan, jemuran dh turun", tu kata Sudin dlm citer pendekar bujang lapok.

Makin lama makin lebat lebat lebat. pakage dgn guruh sekali. Tak la sampai ribut lak. Syukur dgn rahmat Tuhan.

Makan done.
Hujan masih belum berhenti.
Relax, lepak dulu. baru 1.20 pm. Masih ada balance 40 minit lg.

Sibuk komen payung org. dh kita xde payung, tguk payung org pun ok. Boleh menghiburkan hati jugak. Macam2 shapes dn colours. sgt menarik.

Masih hujan. Dh kurang lebat.

Sorg member nk gi RHB. Mau basah kuyup jgk menapak ke sana.

"why dont u use maybank2u"
"dont want. they charge us RM2"
"if u go there kena hujan, demam"
"nvm, demam go n c doctor"
"nvm, c doctor, company pay. m2u, rm2 we pay"

We laughing ^_^

11 11 11

Cantik no ni.

mmg seronok budak2 office ni klu ckp pasal aku pya wedding day. dorg lg excited dr cik pya badan. wedding yg ditunggu2, katanya. manyak la cengkadak korg. dh mcm celebrity lak rasanya.

Aku meng'ia'kan aja. Dgn selamba suruh member2 dlm department ni block tarikh tu. Hahahaha...
Dengan sapa??? (i'm thinking)

Bila 11 11 11 dikaitkn dgn kawin makannya mcm2 idea boleh keluar. mmg kreatif.

Tarikh: 11 11 11 (11 Nov 2011)
Masa: 11: 11 am / pm
Maskahwin: RM 1111
Hantaran: RM 11111

Pinky month

Patut la HER WORL sold out. Dapat free pink passport holder rupanya.
October: National Brest Cancer Awareness Month. 2010 merupakan tahun ke-25 kampen kesedaran kanser payu dara, pembunuh No.1 wanita.

Utk lebih info tentang kanser ini dan lain2 juga, termasuk tanda2 dan pencegahan awal, boleh baca di web Kementerian Kesihatan Malaysia

Bagus banyak pihak support dlm kampen ni. Sebagai wake-up call utk wanita-wanita yg bz diluar sana.

LOVE UR SELF