Thursday, December 30, 2010

Senyum

thanks to Gamuda, mereka yg terlibat secara lansung atau tidak lansung. ewahhhh...mcm ucapan menang anugerah.

suke sbb esok cuti, boleh main masak-masak cupcakes. so ari ni last day keja utk thn 2010. takyah la sampai nk melabuhkan tirai, cukup setakat tutup dan kunci pintu saja. lg pun tirai kat opis ni bukan jenis yg boleh dilabuh2kan. igt keja kat istana budaya ke???

tiba-tiba terasa nk tya diri sendiri, apa yg dh disumbangkan pada company sepanjang 2010? cukup tak? adakah amanah telah dilaskanakan dengan baik?

mampu tersenyum. tp belum boleh berpuas hati. masih byk lg yg boleh diperbaiki dan pelajari.

* petang ni ada jamuan akhir tahun kat QSHE department. teringat lak zaman sekolah. jamuan akhir tahun adalah aktiviti wajib semua kelas dan persatuan. memori yg sgt sweet.

org kata, company kata apa pulak ye???

walaupun dengar 'org kata' perkara yg kurang sihat, tp bab ni mcm nk terpengaruh la ngn 'org kata'. kali ni mcm mendatangkan kebaikan je. mau tak baikkkk... cuti free, sapa xnak.
Ada sikit masaelah, boss besar HR tgh bercuti. sapa nk buat announcement ni? someone plz take charge. plz plz plz... penantian satu penyeksaan. tolong la katakan ianya benar, benar belaka [ok, terover sudah ;P]

org lain penat-penat main bola, org lain lak yg dapat cuti. Hihihi... ^_^ 10q Harimau Malaya. should i thank to Gamuda too??? belum lg, simpan dulu. ekekeke...

sabar menanti announcement itu. harap2 good news.

Friday, December 24, 2010

ikhlas

IKHLAS. sebutnya mudah. aplikasinya tak semudah sebutan.
sepatah perkatan yg besar maknanya. sebarisa ayat yg bisa mengubah dunia. ewahhh...berbunga-bunga lak ayat aku ni.

xkira dlm apa pekerjaan, perhubungan, persahabatan dan situasi perlu ikhlas. pebuatan yg diiringi dgn keikhlasan selain daripada pahala, insyaAllah akan mendapat ganjaran yg tak disangka-sangka. perhubungan yg berpanjagan. kasih sayang yg abadi.

katakn tidak pada 3M : mengeluh, mengugkit, mengharap
sekiranya ada 3M ini, maka kita tidak boleh ketagorikan ia sebagai IKHLAS.

bila ikhlas, kita akan jadi org yg cool. percaya la, ianya berbaloi. hati senang, jiwa tenang.

Ikhlas bukan pada ayat, ianya dari hati.
 

Tuesday, December 21, 2010

Jerawat di ari Photoshoot xmas

Jerawattt!!! masalah xkan ada dgn Oxy. hihi... ada jerawat besar dekat pipi. dh seminggu tak surut2 ni. gatal lak tu, rasa nk garu2 je.. garu kang baru tau...

baru pas photoshoot utk xmas card. sbb jerawat sblh kiri, so aku kasi pipi sebelah kanan je utk masuk gambar. xyah susah2 nk edit2 lak nanti. ekekeke... ni bukan kes tipu peminat, kes cover line je... ecehhhh...statment mcm artis pulak.

department aku mmg best. 1 Malaysia. semua perayaan kita sambut. nk cuti raya pun senang. xyah nk berebut-rebut.

oh ya... dapat topi xmas free... ^_^
n end year department lunch too...yes, free also. thanks to the company.

Thursday, December 16, 2010

Accident || gonna miz my cyg

tarikh: 15 Dec 2010
masa kejadian: 7.35 am
lokasi kejadian: depan umah


pagi td kuar awal sikit sbb nk antar whoopie pies kat akak. selalunya aku kuar umah kul 8.15am. baru nk try kuar awal, mcm ni lak jd. ok, psni xmau kuar awal lg. ekekeke...

lepas kunci gate, masuk kater, masuk gear, tguk kiri tguk kanan tguk kiri, tekan minyak. tiba2...booomm boommm kebabommm... (tak igt aku jerit ke tak time tu) diiringi bunyi hon dr kater yg melanggar tu. dh langgar baru nk hon. lawak pertama yg makcik ni buat.

kereta berkenaan stop lebih kurang 10 langkah dr kater aku. xde yg cedera. hanya kereta je yg cedera teruk.


tak igt la 1st word yg makcik tu cakap... yg aku igt aku ckp kat dia: "akak laju...ni kan kawasan perumahan" (walaupun dia makcik, tp aku panggil akak jgk la)
dia agak meninggikan suara "sy mmg pantang org kata sy bawak laju"
monolog dalaman haku: OK FINE
"sy minta maaf klu statement sy xbetoi. tp klu akak xlaju, xkan teruk mcm ni"
"i xlaju...u yg tiba-tiba keluar. u should tguk dulu. pastikan xde kereta baru keluar" makcik ni tgh selokahkan aku. aku senyum je...
"sbb sy sure xde kerata la sy kuar"


beberapa kereta polis yg lalu kat situ pun stop. hanya mendengar dan memberi pendapat.

"jd skrg awak nk kata sy yg salah la..."
"mcm ni la kak, kita gi buat report dulu" aku mmg xkuasa nk bertekak ngn org mcm ni. xmembantu menyelesaikan masalah lansung. hanya membuang masa. 

aku gi ke kereta jap, sbb nk amik name card. makcik tu tgh sembang2 ngan polis2 yg ada kat situ. apa yg disembang xtau la pulak kan. pastu polis2 tu tolong tolak kater makcik ke bahu jalan. mmg dh xleh nk gerak, sbb tyre dh terkeluar dr rim. tu yg dikata xlaju... lawak ke-2 yg akak ni buat.


mama aku dh sampai di tempat kejadian. td aku call sbb nk inform xjadi nk breakfast sama sbb accident. ok, rupanya aku telah merisaukan mama dh buat dia berpatah balik. 

aku gi semula ke arah makcik berkenaan, siap offer nk suruh insurance aku tolong towing kn kater dia (mcm pasrah je kan). oppppssss...baru aku perasan gambar kat name tag dia pakai tudung. tp skrg dia xpakai pun, sbb xsempat kot. -lawak ke-3

too bad, insurance aku xmau buat. dia kata biar kater tu selesaikn sendiri, sbb sapa yg bersalah belum ditentukan lg. aku pun mcm lurus bendul sampaikan kat makcik tu mcm tu. 


sekali lagi "mmg u yg salah. polis tu pun cakap u yg salah"

oh...bila pulak polis tu ckp mcm tu yek. xdgr pun...mgkin waktu aku gi amik card kat kater kot. aku senyum je..."xsure lg kak. kita tguk kat balai nanti mcm mana"

sempat mama beramah mesra ngn makcik ni. dia kata "sy ni mmg nk cepat. nak antar anak gi skolah sbb ada kem. nk ke pejabat lg. mcm2 hal pulak jad. minggu lepas org langgar belakang. padahal kita drive elok je. ari ni pulak jd mcm ni. Apa punya bala la..." lawak ke-4 (emmmm...elok ke yek???)



wahhhh...agak ganas statement makcik ni. patutnya bersyukur sbb semua selamat. xde yg cedera.





Lokasi: Balai Polis Bandaraya


terjumpa sekali lg ngn akak a.k.a makcik tu kat balai. waktu aku kuar dr bilik sarjan, makcik tu ada kat luar.
"so mcm mana? siapa yg salah??? sy ke???"
makcik ni agak nebes sbb aku keluar senyum je...
dgn memberikan senyuman terakhir "akak tya sendiri nanti ye...". saja je nk nebeskan makcik tu sbb cara cara dia tya sgt sarcastic.


apa resultnya??? 
mengikut undang-undang traffic, mmg aku yg salah. sbb aku di kira berada disimpang dan makcik itu di jalan utama. sarjan tu xnafikan makcik tu mmg laju, melihat pada keadaan kereta. tp kita tak boleh nk buktikan kelajuan kater berkenaan. 


yes, tu aku mmg tau. xkisah pun. tp agak geram ngn makcik tu yg xrasa bersalah lansung n xmengaku drive laju. the best part, tak minta maaf pun. ye la...xrasa bersalah, xkan nk minta maaf kan. oh ye, makcik ni pakai tudung pulak bila sampai balai. betul kn aku kata, tadi dia mmg rushing of time.


*****************************************************************************
kereta dh selamat masuk icu kia. dia try siapkan within 1 month. lamanya... kerosakan agak teruk dr mata kasar. belum tguk dalaman lg. kesian picanto ku... i'll be missing u cyg :(



petang baru gi klinik. badan dh rasa sengal-sengal. baru terasa urat laher dh tegang. kepala ada banjol dan tangan bengkak rupanya. sbb hentakan kat cermin pintu waktu perlanggaran tadi. MC utk 2 hari. klu tak elok jgk esok, doktor suruh dtg lg utk pemeriksaan lanjutan. harap semuanya ok.

keadaan kereta aku: di sini


thanks to family & friends yg concern. byk sgt call, sms & fb comment. sorry klu ada yg xsempat angkat nor replay. doa kan sy recover cepat yek... syg semua ^_^

Monday, December 13, 2010

Hilang

Tak tahu kenapa baking blogku http://kayangan-chocolatelover.blogspot.com/ dh seminggu MIA (missing in action). Pakcik Google n makcik Yahoo dgn bersungguh-sunggunya telah berjaya menjumpai blog ini. Tetapi, En. Blogger kata, NO NO NO ENTRY. Siap kasi notice lg : Sorry, the blog you were looking for does not exist.  Ada ke patut?

Dalam my blog list, ada lg blog ni. apa kes???
Adooiiiii...sgt kecik ati dgn statment itu. tak keruan dibuatnya. apa salah yg aku dh buat ni. ekekeke..terover acting lak.

Camne yek???

Tukar Blog address (URL)???

Nk kasi nama apa???  *Blank*

i-City & Yong Tau Foo Sarawak

ni n3 ter'delay'. tp sbb dh janji nk citer pasal i-City kat n3 terdahulu, kena citer gak la yek.

Selesai photogshoot kat umah Fahrin, kami pun mengundur diri. Jam dh kul 7:10 mlm. Hari masih hujan renyai-renyai. Perut lapar sgt. Mau tak... duk kat maja pengantin bukan leh mkn banyak pun. Mkn 2-3 sudu je tau. Kejap2 pause, tangkap gambar. baru nk start suap dh sampai time potong kek pulak. Adoooiiii...rugi tul... tp sempat mkn udang goreng tepung. Nyammm nyammm...

Perut minta di isi. Kami ke kedai member yg jual Yong Tau Foo Sarawak. Sangat sangat sangat SEDAP. kuahnya pekat. cukup rasa, cukup pedas, cukup semuanya. 5 bintang (tgh citer ni pun, terasa2 kat tekak). Kedai ni tepi jalan je, berdekatan dgn i-City. mmg utk take away je. tokei ni member kan, so kami lepak mkn kat sana je. tumpang mkn kat meja tuan rumah. hihihi...

Lepas dh kenyang, kami berjalan menuju ke i-City. Jalan je la , bkn jauh pun. Rupanya nk masuk dh kena bayar RM2 utk pejalan kaki. siap ada kupon lg. ekekeke...kelakar jugak. kami pun meredah masuk ikut lorong pejalan kaki. dh mcm jungle tracking la pulak. naik bukit, naik tangga baru sampai. sebelum sampai atas, dh start possing dh. pokok putih, merah, oren, hijau semua ada muka dorg ni. Ramai betul org mlm tu. hujan renyai dan tanah becak benda minor je. bila berpossing lupa terus semua tu. Oh ya, kami beli headband telinga bunny. Comel... mmg comel. ramai mata yg memandang. pandang headband ok. dr budak kecik sampai org dewasa. ekekeke.... kecomelan naik 20% (ni ayat ana) hahaha... yg bertanya beli kat mana pun leh tahan. dh jd duta headband telinga bunny tak berbayar ari tu.   

Sgt enjoy the moment dekat i-City with Zeera, Kadri & Ana ^_^

Monday, December 6, 2010

Bergenang Air Mataku

Dh dapat menduga. gerak hati sgt kuat. xmau spekulasi. xmau gossip2. mahu dgr dr mulutnya sendiri. terjawab semuanya hari ni.

gerak hati ku tepat, terutama dgn org yg rapat. bergenang air mata mendengar pengakuan itu.  terasa sejuk tangannya. namun, tuturnya tenang sekali. mungkin sudah kebal agaknya. rasa mcm tak percaya...orgnya cantik serba serbi. dr paras rupa, tutur kata. tak keterlaluan klu aku katakan wajahnya jauh lebih muda dr usia sebenar. tuturnya sopan, lemah lembut. selalu tersenyum dan ketawa. sgt sempurna...

segalanya telah berakhir. beberapa bulan yg lalu. adakah aku yg tak cukup peka, atau dia yg bijak menyembunyikan rasa. aku hormat perasaannya.

"mmg betul dunia ni tak adil kan" statament yg ditutur sambil tersenyum.
"dunia ni adil kak. itu sifatNya, Maha Adil. cuma kita tak tahu hikmah yg dirahsiakan" jawabku tenang. supaya hatinya juga tenang. dlm hati dh sebak dh ni....

sementara tunggu food sampai, sempat dia tunjuk aku 1 text from him. masih baru, pagi tadi. antara bait-bait ayat yg aku capture "...andai dapat ku undur putaran masa..." penuh penyesalan.

Sifat manusia mmg mudah lupa. jarang kita hargai benda yg ada depan mata. bila dh kehilangan baru nk menyesal. mmg susah nk dapat peluang ke-3. sepatutnya peluang ke-2 digunakan sebaik mungkin.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."
(Al 'Asr 103: 1-3)

Dia terluka, tp masih mampu tersenyum. menitis juga air mataku. memang aku tak layak nk komen statament ni. sbb aku belum masuk ke fasa itu lagi.

Happy Birthday kak. Moga dipermudahkan perjalanan hidup dan bahagia dunia akhirat. Amin...

Wednesday, December 1, 2010

Bila kawin???

rasa nk ketawa tergolek-golek. melampau tak? ekekekeke...
statement ni lg melampau : kawin tak ajak pun... 

hadoooiiiii...mcm mana nk ajak. kawin pun belum. seperti n3 sebelum ni, diriku hanya seorg bridesmaid. bkn bride to the groom yet. ohhh...gambar2 dlm FB tu as bridesmaid ok. ehhh...rasanya baju tu tak overshadow pengantin. adakah aku pengapit lupa diri? ekekekeke....

jgn ada yg kecik ati lg yek. dearest friends, korg mmg sweet sgt. xsabar nk tguk aku naik pelamin yek. Sabar yekkk...
InsyaAllah, bila sampai jodoh yg telah ditetapkan olehNya akan diberitahu. Love to have korg around on my important day. Bila??? hanya Dia yg lebih mengetahui. sbb korg yg mcm lebih tak sabar kan, cepat Doa & Amin beramai2.Haiiipppp...doa yg terbaik2 aja, dipertemukan jodoh dan dipermudahkn oleh Nya ^.^

Last month of 2010. makin lama makin cepat masa berlalu. setahum mcm sebulan, sebulan mcm sehari, sehari mcm sejam, sejam mcm seminit, seminit mcm sesaat. semua ni telah termaktub dlm kitab. 
renung2 kn...

Tuesday, November 30, 2010

Wedding | Bridesmaid | Photoshoot | sedikit panduan utk B2B

Amaran: Long entry. Kelipkan mata 10x, baru baca.

Peristiwa: Wedding Fahrin & Nunun

Alhamdulillah...semuanya berjalan dgn lancar. Risau juga bila dr petang sampai malam sebelumnya 24x Mr. & Mrs. Fahrin call (xla sampai 24x, saja je nk sedapkan citer). mcm2 hal...kes pelamin la...fresh flowers la...Last call, kul 12 am pasal make-up pulak. Full payment dh buat. Sepatutnya pihak butik perlu kasi full komitment. Ni bkn 1st time aku tguk kes mcm ni. bila amik full pakage perkara mcm ni kerap berlaku.
Sapa tak risau bila pelamin yg sepatutnya meriah dgn fresh flowers, dibuat ala kadar sahaja. bila ditegur, yg tukang pasang pelamin boleh blah mcm tu je. patut ke? piaaapppp...xde adap lansung. esok make-up xtau la mcm mana pulak.

Pagi tu aku sampai, nunun tgh dimakeupkan. Not bad hasilnya. tp make-up artist pulak urat senyum putus agaknya. sgt serious. agak garang jugak la...hihihi... perlu ke mcm tu? aku igt sbg pencinta seni, jiwanya lebih lembut. salah rupanya tanggapan aku ni. selain memberi sentuhan yg terbaik dlm solekan, make-up artist perlu berkerjasama dgn photog. dlm industri ini mereka saling memerlukan. tak perlu sombong, satu hari pasti akan jumpa dimana-mana.

Wedding dress, cantik. Dearest friend, you look like a princess. Sgt cantikkkkkkk.... the dress really suit you.

Majlis berjalan dgn lancar, organise & meriah. Bermula dari berarak, sanding, menepung tawa, makan beradap, potong kek, sesi possing2 & photoshoot. Semuanya OK.

+ Bridesmaid
Menjadi bridesmaid on BFF's wedding, be beside ur BFF on her important day, satu penghargaan. Don't u think so? ekekeke... Hope i dh memberi khidmat terbaik utk korg yek. Wish both of u a wonderful life togather as husband & wife. Oh ya, thanks to dearest friend, Kadri & Zeera sbb tunggu sampai sy selesai semua tugasan. Muahhh... syg korg ^____* (kisah kita di i-city will be update in next n3)

+Photoshoot
Hujan sebelah petang tak jd masalah utk photogs (Azfar & Zaim)selesaikan tugas mereka. Walaupun outdoor photoshoot terpaksa dibatalkn, hasil indoor photoshoot tak menghampakan. Ok, aku pulak teruja lebih2 tguk hasilnya. hihihihi... mmg terbaik la dorg ni. Positive attitude, committed & creative. Sgt senang dan selesa berkerjasama ngn dorg. Seriously, highly recommended ^_^

Panduan utk B2B:
Walaupun butik yg kita pilih agak popular (masuk majalah tau) jgn mudah lepas tangan. pastikan perbincangan dgn pihak butik clear dan dua-dua pihak happy, termasuk cara pembayaran. tak salah bertanya itu ini utk kepastian. maklumlah 1st time kawin, xde istilah stupid questions. 50% payment adalah munasabah utk kedua-dua pihak. buat pembayaran lg 20% hanya bila semua kerja pemasangan pelamin selesai. ini bg mengelakkan berlakunya ketidak puasan hati atau kerja sambil lewa atau janji-janji manis. 30% lg sebelum / selepas sesi make-up. Win win kan ^_*

Friday, November 26, 2010

Gilrs & Sales | STAGE | Coach

Kembar siam agaknya. sgt jarang jumpa girls yg xsuka bila ada sales. Ehhh...ada... antara skrip yg popular:
"alamak....sales lg...abis la duit i" - kenapakah duit si i ini boleh abis??
"pening la tguk discount sana-sina" - tempat kejadian: di shopping mall. lantas mencari ubat pening yg sesuai
"issshhhh...ni yg malas klu sales ni. mesti nk beli" - dgn nada mengeloh

apakah yg akan terjadi selepas itu???
hahaha..betoiiiii... makanya, mesti TERbeli sesuatu. TER adalah perkara yang tak disengajakan. seharusnya ia perlu dimaafkan ^___^

Iklan tak berbayar:
Sekarang tgh sales dimana-mana. semalam lepas buat one2one kelas make-up, sempat singgah STAGE. offer yg menarik. utk members ada additional discount lg. time to reload barang-barang make-up. brg yg nk, xde stock pulak. sales assistant a.k.a make-up artist kat STAGE ni akan call i bila stock baru sampai. cool rite...
Coach up to 50% off. jom terjah beramai2. berbaloi-baloi (pinjam iklan celcom jap -jgn saman sy yek)

Kesimpulannya, mereka (girls & sales) mmg tak dapat dipisahkan. Ehhhh.... baru sekarang perasan yg i pun ada kembar jgk rupanya. opppppsssss...

Tuesday, November 23, 2010

Macaron vs Whoopie pie

Rasa nk buat macaron or whoopie pies. dua-dua ni mmg tgh 'in' dlm list pencinta dessert. apakah perbezaan mereka???

Dr segi paras rupa, macaron si kecil molek, cute dgn pelbagai warna. tertarik, menarik, tergoda dgn kecomelannya.
Whoopie pie juga punya kelebihan tersendiri. Hitam-hitam si tampok manggis, walaupun hitam rupanya cukup manis. mmg cun, xde tolok bandingnya. tp, ada juga yg dh mix ngn red velvet n vanilla.

Size pula, dapat diketahu dr nama timangan mereka. macaron mmg kecik molek saja. whoopie pie lebih montel dan gebu.

memang xde kena mengena. mereka dari keluarga berbeza. macaron dari keluarga cookies, manakala whoopie pie dari keluarga kek.

hanya ada 1 persamaan. kedua-duanya punya cream / filling di tengah2.

Emmmm....yg mana satu nk buat yek???

Sunday, November 21, 2010

Quicker update

back from BFF's wedding at Selekoh, Perak. 
make-up job -done. make-up's blog will be updated soon.
home bakery's blog, by monday yek.


wanna have a quality sleep. sweet dream everyone (^_^)

Monday, November 8, 2010

Gila sejenak

From penang to damansara jaya. gerak 4.45am, sampai 8.00am.
Lama tak buat keja gila ni. kali ni stop kejap kat behrang. agak mengantuk pulak. smlm tido lambat jugak. melayan si kecik tguk ceria. Dh boleh cakap. Ada bunyi la, walaupun tak jelas butir ayatnya. suara manja ngn muka dia yg buat2 comel. geram tul. mcm selalu, bila dh jumpa mesti syg nk lepas. bercinta nk drive balik. rasa nk agkut balik KL sekali (^_^)

baju 2 pasang siap. baju pengapit je xsiap. tukar design, dh xmatching lak colour inner dress ngn chiffon kurung moden. kontra sgt. nasib personal fashion designer kata dia akan settel kn. yeaahhhh...mmg terbaik la. tau hasilnya  nanti tak menghampakan.


otak x center. buat apa pun quality xbest. update blog kena ada quality tak?

Monday, November 1, 2010

Happy Birthday mom

Mom’s birthday | double celebrations

31 October: karaoke cum dinner at red box
1 November: dinner at chocolate, the curve

The chocolate drinks, walllllaahhh… but not a good choice for western food. Taste mild only.

Dinner end at 9.30 pm. Kedai pun dh nk tutup. masuk butik Guess. It’s all yours mom. Pilih mana suka. Wahhhh…mcm cop duit kan. Guess, price reasonable affordable.
Collections xbyk mcm mid valley. Very limited choice. New arrival pun ok ok je. aku lak yg melebih2 xminat. at last, mom pick yg new arrival. tp sales person tu kata stor dh tutup. xleh nk amik yg baru. xjd beli.
Byk kedai dh tutup pun. Ye la dh kul bapa kan.


Hadiah hold dulu boleh? Hehehe…
bukan rezeki di Guess kot. Ehemmm... next week kita gi coach yek. suke la tu (^_^)

Happy birthday mom. Love you so much with all my heart.

Saturday, October 30, 2010

Sisters outing day

Abg ipar tguk bola kat stadium. akak & adik ni berouting di Mid Valley.

Handbag: Coach. LV. Guess.
Perfume: Chanel Coco Mademoiselle. Chanel Change. Marc Jacobs Daisy. Gucci Guilty.

Dinner at Chillis. Tunggu 30 minit baru ada table. try jus tomata, dap jgk tp ada rasa masin2 sikit kat ujung2. kenyang sgt. tak jd lepak kat coffee bends & tea leaf. lain kali saja.

berdua. mmg kami berdua saja. penawar & racun. madu & hempedu. kawan & lawan. segalanya kuterima. 

sayang...sgt sayang. satu-satunya kakak a.k.a adik berberadik yg aku ada.

Friday, October 29, 2010

slow | sweet | smart

4 magazines. 1 pun lum abis baca lg. lemau betoi la... kenapakah.


week yg slow. bkn time. aku yg slow. 2 ari demam bergambar menyumbang pada keslowan itu. bila mengomen FB agak pantas. mmg pantas. speed 40 komen seminit. belum over speed. no saman. taniah kawan2. mmg terbaik. 

bila otak tak leh nk berfikir, tguk gambar2 candid dan tak candid yg best. ada jiwa. muka tak perlu sentiasa senyum bersedia utk nampak cantik. pelbagai memek muka. rare. cantik. smart. suke sgt... tguk ulang kali pun tak boring. baca komen2 juga menghiburkan. takde amik ati. semua sporting.

detik yg tak kn dapat berulang. hargainya. moga persahabatan ini berkekalan. rapatkan & eratkan.

Monday, October 25, 2010

2 hari 1 malam

Best bila dapat berkumpul ramai-ramai.

selalu jumpa kat kenduri kawan2 , hai hai bye bye. kali ni lain sikit. pasangan pengantin batch sama. keduannya kawan kita. majlis resepsi & sambut menantu selang sehari je.majlis meriah. kami2 yg dtg pun meriah orgnya. wlupun hujan tiba2 turun agak lebat, kami setia menunggu. baik tak? baik tak? baik ada makna tu...

outdoor photoshoot dekat skolah. kami setia menemani pasangan pengantin wat photoshoot. mmg lain dr yg lain. kwn2 teman pengantin wat photoshoot. pengantin, terharu tak? ktorg baik tak?

dekat 20 kater tukang 'teman'. baik tak?
sbnrnya aku xkira. main agak2 je...

tu baru kater, belum kira org lg. secara purata, 1 kater 2 org. darab sendiri la. ramai kn tukang teman. baik tak?

mmg baik ada makna. pengantin wat photoshoot, tukang2 teman pun sama. melebih2 dr pengantin. semua ceruk nk bergambar. over kan. mesti over... tempat jatuh lg dikenang, inikan pula tempat kena denda jalan itik. hahahaha...
note: dh ada reban kat tempat budak2 silat wat aksi. klu adik2 junior kena denda jalan itik, amik je itik kat bawah tu suruh dia tolong jalan kat koridor kelas korg yek. dh tu mmg keja dia.

bermalam berBBQ bermeeting berchatting sampai pg. terlalu banyak kenangan yg di recall. 1 malam pun tak cukup rasanya. 3 malam tanpa bintang, itu lagu Fiq. sesi interview & press conference pun ada. ketawa ngn sopannya sampai pagi. mau tak, byk sgt sound effect dlm penceritaan. 9 org pya citer. yg lain dh tido.
background music tak boleh blah, smpi kul 4 am org Taman Maju masih berkaraoke. sgt impress.
makasih utk makcik umah sebelah yg baik ati. sbb x sound kami yg berwakakakakah. mgkin dh biasa kot.

masa berlalu terlalu pantas. dh besar dh kita. dh jd org. pencapaian yg boleh di banggakan.
bila menoleh kebelakang semula, kenakalan kita menjadi kenangan indah yg tak rugi dikenang.

3 jam tido tak menjadi masalah. sesudah subuh dh tak rasa nk tido pulak. panaskan apa yg patut utk sarapan. girls main makeup2 dlm umah. klu 1pm gerak ke kg.gajah utk majlis sambut menantu. jumpa kawan2 yg smlm tak jumpa. klu wat game collect points, sure yg dtg dua-dua kenduri leh menang. lepak2 di umah pengantin buat mcm umah sendiri. possing sana possing sini.

balik time. sedih pulak rasanya. aku sedih. korg aku tak tau la... berpisah disini. kutub utara kutub selatan. yg balik menuju ke KL sempat lepak di teluk intan. mkn di bumbung biru. ada gak yg tak pernah gi menara condong rupanya. layan tangkap2 gambar dulu.

moga ukwah dan persahabatan kita berkekalan. sgt syg dgn persahabatan ini.

Sunday, October 24, 2010

great weekend

very very very happy. mmg sgt great.
wedding. gathering. bbq. gossiping
esok kita citer panjang yek. sgt penat. yet sgt happy.

happy for both of u. congratulations on ur wedding friends.

Friday, October 22, 2010

keterujaan

jujurnya, mood keja no no. tak sabar nk gi kenduri member esok. terlebih tau...mcm dia lak yg nk kawin. hahahaha...bkn, sbb nk jumpa kawan2 school dulu. dh 9 thn kami tinggalkn skolah. lama kan. dh jd org pun semuannya. Alhamdulillah...

kenduri esok pasangan ni satu skolah. satu batch. yup, sama umur ngan aku la. hamboiiii....dr skolah dh bercinta yek. tak....kat skolah dulu dorg tak bercinta pun. JODOH.

outdoor photoshoot kat skolah. yeaahhhh....terlebih kan. mmg pun. tak dapat bayangkan kemeriahan nya nanti.


hati berdebar. kenapa yek.... Ya Allah, mohon yg baik2 saja. Amin..

baking paper dh abis. kena singgah baking shop balik ni. pisang jgn lupa. wat banana cake pulak.

Lunch with Cheng Cheng

received call. she will come and pick us up for lunch. 
tak lama sbg kawan office. hanya 8 bulan. masih bersahabat hingga kini. 2 years. Time flies.

Thanks dearest friend. your thought much appreciated. Friendship is such a beautiful gift.

21.11.2010 update

manage sampai sebelum kedai tutup. syukur. klu tak, masak nk redah masuk KL ari jumaat. wlupun hanya 5 drive from house boleh jd 1 jam.

end product, puas hati. quality bagus. moga biz dorg terus maju dan berkembang.

apa pun biz kita in, tingkatkan prestasi jaga kualiti. Bila sudah berada di atas, kadang-kadang kita alpa. Kurang sensitive  pada keadaan sekeliling. Kita manusia sama sahaja. yg membezakan kita amalan. jgn terlalu mendongak langit, igt kaki masih berpijak di bumi. 

moist chocolate cake dh siap. esok nk buat banana cake. harap2 mood baking maintain.

Thursday, October 21, 2010

masih di office

asal ckp nk balik on time je mesti delay. ada je penghalangnya. time tu la ada itu ini.
Skrg masih di office.
After magrib nk ke semua house. Harap2 tak jem n manage sampai kedai tu sebelum 8. Mmg nk amik ari ni jgk. Klu esok mesti lg jem KL. Jumaat. Traffic mmg lain mcm.

demi masa

revised policies & procedures dh abis baca.

meeting postpone sbb sorg mc. mesti ada bakeup plan. adjust mind utk wat keja lain. mmg momentum tak sama, tp kena bijak mengurus masa. takkn nk goyang kaki je ari ni kan. tak berkat lak rezeki aku nanti.

demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian.
skrg masa terasa amat singkat. dh hampir ke ujung bulan 10. tinggal Nov dn Dec utk habiskan tahun 2010. terasa mcm baru sgt sambut tahun baru 2010. mcm mimpi je. hargai masa, hargai hidup, hargai mereka disekeliling kita. yg berlalu takkan berulang. yg pergi takkan kembali.

semalam 20.10.2010. aku tak buat post mengenainya. takde apa yg istimewa, melainkn kombinasi no yang cantik. moga 2011 memberikan makna yg besar dalam hidup aku. Amin...

bila mata merajuk

niat nk tido awal. rehat cukup. walaupun mata agak berat, tp masih tak boleh nk lelap. penat sgt ke? bkn buat keja berat pun. otak yg penat kot.

honey cornflakes hampir penuh tupperware. bila dh siap tak rasa nk mkn lak. saja je nafsu mkn aku ni. main2 lak dia. penat buat. betul jgk tu, sbb penat buat nk mkn pun tak lalu dh.
lately bila igt pada mereka yg jauh di mata dekat di hati, tak lama received call or text dr dorg. agak power gak kuasa minda aku ni. hehehe... lama tak jumpa mereka. windu sgt rasanya...
syukur pada kasih syg yg Engkau kurniakan.

harap esok boleh berfikir ngan kreatif. think out of the box.

Wednesday, October 20, 2010

Padat

Productive.  Meet target. Alhamdulillah...

mata dh letih. double image. setelah 2 hari berhempas pulas dgn cik excel yg byk pulak coloum dan row nya. done.

opppssss....revised policies & procedures xsempat nk baca n initial. mesti buat esok pagi2 sblm meeting kul 9.30. ok, kena rehatkn minda dgn secukupnya mlm ni. meeting esok mesti panjang, will go very details.

Chooowwwww....

Tuesday, October 19, 2010

High risk high return

5 utk kali ni. takut jugak. berdebar dalam hati.

Harga besar. Margin tak berapa besar. Aku target by the time masuk board, terus naik naik naik. Risiko tinggi. Sbb pernah terjatuh diawal penglibatan, membuatkan aku lebih berhati-hati. Mmg sukar diduga. Even mereka yg buat review pun kadang2 tersasar juga. Unpredictable. Hanya mengikut gerak hati. InsyaAllah ia betul dan dipermudahkan.

Tuhan, aku mohon keberkatan dalam rezeki yg Engkau kurniakan.
Bismillahi tawakkaltu 'alallah. Amin….

bukan cinta biasa

perjalanan kita berbeda. bukan kita yg menentukan sapa benar sapa salah. jgn terlalu cepat menghukum. ia tak membantu. cuba selami dan dalami apa yg berlaku. fikir dgn rasional. jgn terlalu emosi.

jika diberi pilihan, semua org mengimpikan kisah cinta seteguh taj mahal. Shah Jehan hanya utk Mumtaz nya. percayalah pada jodoh yg telah ditetapkn oleh Maha Esa. bagaimana mereka bertemu, perlukah kita mempertikaikannya?

kawan, jgn melawan takdir. jika itu jodoh dia, kita doakn yg terbaik buat mereka. bukan kerna dia kawan kita, tp dia hanya insan biasa, seperti kita juga.

Monday, October 18, 2010

crazy about MAC limited edition

Last 2 weeks, belum sampai lg. suruh dtg lg 2 minggu.

Semalam buat lawatan to MAC sogo, mmg butik favorite xleh tipu. byk dh sold out. yg di aim semua sold out. sgt sedih... Bukan rezeki aku. Bukan rezeki client2 aku jgk. Mmg suka sgt kumpul limited edition. Satu kepuasan. Utk koleksi kali ni tak dapat apa2 pun. ada 2 lipstick yg dh spot smlm. Tak beli sbb nk tguk colour yg ada dlm make-up box. Emmmm…yg merah ala2 lipstick Estee Lauder, baru beli bulan lepas. Yg pinky purple pulak boleh dipertimbangkan. Mgkin kena wat lawatan sekali lg utk puaskn ati. Jgn ikut nafsu n paksa diri lak. Tak pakai membazir je.

Tgu bulan 12. Ada yg lebih menarik. Kumpul duit dr sekarang (^_^)

Hopefully tak miz lg. Redza, i'll call u end of Nov k. Wiiinnnnkkkkkk…….

Thursday, October 14, 2010

Breakfast

Permulaan hari yg baik. Alhamdulillah, kesyukuran ku pada Mu.
Moga apa yg dirancang dapat dicapai.

Esok cuti. Harus lebih productive hari ni. tak mau bawak ke minggu depan. Apa yg perlu buat harus diselesaikan. Time management sgt penting. Elakkn dr menangguh kerja.

Apple + carrot + orange juice mmg best.

Breakfast dulu.

pengalaman

Experience is more important than qualification. perkara ni pernah menjadi issue.

org lama kata; pengalaman tak boleh dibeli. pengalaman dlm dunia koprat tak diajar kat uni. BETUL

sekiranya degree itu tidak penting, kenapa perlu diwujudkan universiti? kenapa qualification menjadi syarat. jgn terlalu sempit fikiran. pengalaman manusia berbeza. belajar juga pengalaman. mengaplikasi kan ilmu yg ada juga pengalaman. mendapatkn result yg cemerlang juga pengalaman. kumpul carry marks juga pengalaman. final test, open book test juga pengalaman. segulung ijazah juga pengalaman.

tidak perlu mempersoalkn ilmu dan pengalaman. kerana ia perlu seiring.

ada org belajar melalui bacaan
ada org belajar melalui pendengaran
ada org belajar melalu penglihatan
ada org belajar melalui pengalaman

jgn berhenti belajar. buka mata, buka minda, buka hati.
Balik kepada asas. tuntutlah ilmu hingga ke negeri China.

Wednesday, October 13, 2010

Guava RM0.01

lepas ramadhan & syawal berlalu. perangai lama dh mula balik. lepas mkn kami serang Giant. itu wajib. kdg2 tak beli pun. tguk2 je...audit Giant Atria. Hahaha...
org giant pun dh kenal sgt geng kami. 2-3 ari tak dtg pun org leh perasan. dh cop muka ni kat giant between 1.30pm-2pm.

disebabkn itu rutin lunch kami, harga2 barang pun leh igt. bila offer je cepat2 kasi tau kwn2. Giant kat sini selalu silap harga. pernah dapat beli minyak jagung 500ml RM3.90 sepatutnya RM6.90. apa lagi borong 8 botol. org giant tu pun pelik tguk budak2 ni. nak buat apa minyak byk2. ada sindiket sorok minyak ke apa. barang murah, mesti mau beli maaaahhhh...
bila oreo turun harga pun kami borong. aku je 10 pack. buat oreo cheese cake. mmg best.
Susu pekat pun pernah dapat murah. waktu gi tu sale dh habis, tp dia tak tukar price tag. apa lg aku borong 6 tin. budak2 ni siap amik gambar price tag sbg bukti lg. dapat special discount.

ok la, nk citer banyak2. takut ada pihak yg tersinggung dgn kenyataan ni (^_^)

ari ni beli guava dgn price RM 0.01. tak percaya???? percayalah.hahahaha...

Tuesday, October 12, 2010

Cik Notty


mcm2 ragam.manusia. they're not difficult, they're just different. cuba utk memahami perbezaan itu. banyak kebaikannya. 
dlm membina kerjaya byk dugaannya. ambil semua yg berlaku sebagai pengalaman yg berharga. semuanya akan menjadi kenangan yg indah pada masanya. mmg akan ada rasa sakit hati, xpuas hati, makan hati. semuanya penyakit hati. klu tak pandai control parah jd nya. klu tak dirawat barah jd nya.
perlu ke xsuka org ni xsuka org tu. mcm budak2. sikap professional amat penting. focus pada issue bukan individu.
itu nasihat aku pada junior executive kat office td. ingatan utk diri aku jgk.
nama baru, cik notty. thanks to mr nakal.

Monday, October 11, 2010

Blue Blur Break

Blue Monday.

Blur tak jugak. Tau apa yg nk kena settlekan this week. Everything has been planned ahead. yg tak plan pun ada. sbb boss xde, kena take charge. Mood je mcm xberapa nk ada. Semua jd slow. Maybe bcoz to many things to do.

i need a break. Blues utk aku mmg best. lama tak sketch kartun ni.

Sunday, October 10, 2010

10 10 10

ramai mencipta sejarah sendiri pada tarikh ni.
apa yg aku nampak dgn mata aku sendiri pada 101010:
- 2 canopies terpacak gah kat kawasan umah aku kat perak. ujung kiri n ujung kanan. kenyang org kampung mkn kenduri.
- akak member aku bertunang. terdengar 2 org pakcik yg depan aku ckp, lepas ni nk gi kenduri lg satu kat taman tu jgk
- dlm perjalanan balik ke KL, dr simpang pulai ke bidor jumpa 4 kenduri. (ikut jalan lama sbb nk singgah bidor). atas pada tu xtau la pulak. sbb dh masuk highway.
- sebuah nissan sport tertulis "just married" kat belakang. sweetnya....
- kedai2 kat mid valley tak ketinggalan buat special promotion.

aku ada make-up job kat ipoh ari ni. semalam gerak balik perak, tu yg nampak kemah2 tu. after make-up job terus balik KL. petang, sempat jenguk2 mid valley ( '__*)

Friday, October 8, 2010

Jahat


Aku sudah serik bercinta kerna asyik berakhir dengan kecewa. tapi sejak hadirnya dia semua sistem kawalan kini terdedah. kepala kata jangan gelojoh. hati pula kata pergi (go baby go). Benarkah cinta itu buta kerna tak nampak apa selain dia.

Aku. aku bagaikan sudah terkena mantera cinta. dari manakah kau datang menyerang diriku. diriku yang disangka kebal.
Oh jahatnya kamu. Jahatnya kamu.

Engkau. engkau penyebab diriku terigau-igau. kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu. ku mahu ku mahu denganmu selalu. Oh jahatnya kamu. Jahatnya kamu.

Apa agaknya sudah jadi pada ingkar untuk tak bercinta lagi. walaupun belum bersedia. tapi hatiku mendesak dan menggesa.

Jahatnya kamu. Jahatnya kamu.

tgh layan lagu ni

Senyum

Jumaat. aku suka. bkn sbb esok weekend. itu perkara biasa.

Segala kekusutan telah terlerai.
Bertanya utk dapatkan kepastian. kita hanya manusia biasa. tak lepas dr kesilapan. ada kala kita alpa. kata-kata dan perbuatan bisa menguris perasaan. tidak sukar utk memohon maaf.

hanya sepotong ayat boleh membuatkan kita tersenyum atau berduka. Syukur dgn perkhabaran itu. Aku doakn yg terbaik buat mu.
 Aku tersenyum.

Thursday, October 7, 2010

kurus

xde selera nk mkn. mana menghilang pun xtau la. boleh kurus mcm ni. suka sgt la klu dpt kurus mcm zaman kegemilangan aku dulu. zaman kegemilangan??? ada ke??? tak de pun. suka-suka je ckp.

cantik dan kurus mcm adik-beradik. sgt subjective. semua org bebas menilai mereka. bercakap pasal aku, ada yg kata dh ok mcm ni. xyah nk diet. ada jgk yg kata; gemok la,kena diet sikit.

aku sendiri, rasa diri gemok skrg ni. plus aku tak tinggi sgt. bkn obses pada kurus, tp utk kesihatan. bila berat naik, mcm penat nk bawak badan, rasa kemalasan. penyakit lain pun boleh tumpang sekaki. bila pakai baju terasa mcm buah nangka je, petanda la tu. xsexy ok. bahaya tu...

beli baju baru? mmg xkn beli baju baru klu sbb baju lama xmuat. lebih mahal. hahaha...xla, gurau je. betul, mesti kita akan beli size lebih besar. nanti aku tak sedar diri. yela, xmuat beli baru, xmuat beli baru. lebih besar besar besar besar punya. boleh bukak butik mcm tu. semua size ada.

apa susah, slimming centre kan banyak. mcm cendawan tumbuhnya. wanita metropolitan obses dgn kecantikan. klu tak, masakan tempat ni boleh survive. tak kisah habiskan ribuan ringgit utk cantik. tguk advertisement dorg ni mmg gila. dari XXL boleh jd XS. bayangkan...ehhh...xyah bayangkn. fikirkan berapa duit yg dh terbang, kesengsaraan, tekanan yg meraka hadapi.

kan lebih elok mengamalkn gaya hidup yg sihat. duit pun tak melayang. mencegah lebih baik.

sekadar mengingatkan diri sendiri. aku skrg tgh mencegah sambil merawat.

Lambat itu lewat


Terlambat bangun. tguk jam 7.58 am. Memang lambat. Kelam kabut dibuatnya. tak dgr pulak alarm clock menjerit. Selalu klu org bukak pintu pun aku leh terjaga. Ni kan lg bunyi alarm kat tepi katil. Mgkin sbb 2 3 ari dh tak boleh tido lena dek terlalu kepenatan. Semalam cover balik. Tu yg tak sedar diri dibuatnya.

Waktu mandi perlu disingkatkan. Basuh muka, gosok gigi, sabun seluruh badan. Done.
Baju, amik je mana yg mata mula-mula tangkap. Iron dulu. Kemas itu perlu. Done.
Naked face. Tak sempat dh. Kat office baru touch-up la. Kerja office mcm aku mmg perlu kemas dan cantik. bukan la suruh make-up tebal2. cukup sekadar sedap mata memandang. 8.20am sudah. drift jugak karang ni.

ngam ngam 8.30am sampai. Tp jam kat office ni awal 5 minit. Ikut time semasa, cun dh tu. Tp ikut jam office terlewat 5 minit L

Wednesday, October 6, 2010

perfectionist

Done. Will work on d report tomorrow.

dlm apa pun ada chain effect. ada consequences. aku mmg perfectionist. apa yg aku buat nk yg terbaik. xsuka buat silap. nampak mcm bodoh. biar amik masa sikit, asal outcomes nya bagus. semua org buat silap. betul. belajar dr kesilapan. aku letakkn benchmark. 3x acceptable. lebih, sila jawab sendiri.

bkn cerewet. kerja perlu ada kualiti. silap perlu diperbaiki. jgn ulangi kesilapan yg sama. tak ada kesudahannya. 

semak but productive

subuh2 satu text masuk. sorg tak leh dtg ari ni. sgt semak. semalam dh susah payah hingga saat yg terakhir. apa boleh buat. kita merancang tuhan tentukan. apa pun aku tak putus semangat. ada sedikit rasa kecewa, itu lumrah. dugaan.

hati tenang. productive. Alhamdulillah.

byk yg kena settelkn ari ni. perlu. aku ada deadline sendiri.

Tuesday, October 5, 2010

Confusion

Jiwa kacau. xkeruan.

mmg aku ada satu kelemahan. paling takut melukakan hati org yg aku syg. xboleh kena marah ngn org yg aku syg. tegur xpe...bukan menengking. lemak la klu tegur pun tak boleh. igt ko tuan puteri. itu mmg jiwa aku. xleh nk tipu. sekental mana pun aku dlm mengejar kejayaan dan membina kerjaya, aku masih tetap aku.

confuse, marah ke sayang???

Exciting Sunday

Awal pagi dah bagun. penat smlm masih terasa. niat suci nk gi saloon kat pavilion. naik public transport. last naik xigt bila. klu nk kira dr umah ke KL central tak jauh. cross jalan je. tp klu nk menapak boleh terbakar gak lemak2 ni. drive n park kat sana. pusing pya pusing xjumpa open parking. dh tutup wat construction. nk drive gi pavilion, malas. xsuka sesak. cancel la. xjd gi.

terus menuju ke tesco. masak2 pun best gak. call akak, ajak lunch sekali. lama tak lunch sama2 kat umah. selalu klu mkn sama kat restoration. steam fish, sayur, sup cendawan, ayam goreng. dessert, cupcake. air, asam boi. best!!!

petang trial make-up nunun. dlm kul 4 nunun n fahrin sampai. lepas minum ptg baru mula make-up. try tudung nikah n veil yg beli semalam. mmg sesuai. puas hati dgn make-up touch aku. paling penting nunun n fahrin suka. bincang sikit itu ini, semua pihak puas ati. Alhamdulillah...

lepas nunun balik, aku terus buat carrot cake. Mom's friend ordered semalam. Nk ckp xboleh, xsampai ati pulak. kek naik cantik je. semerbak baunya. mata dh tak larat nk bukak. kek xsejuk2 gak. texture carrot cake mmg lambat sikit nk sejuk. tak larat dh. tido dulu, esok pg baru buat topping.


aku bukan super girl. syukur sekurang2 nya semua tercapai ari ni. Thank you Allah.

Monday, October 4, 2010

Saturday with Nunun

Sementara masih panas n fresh kat otak ni baik mula menulis. Nanti bila lemau xbest dah. N3 yg agak panjang. sila tarik nafas yek.

Nunun, watak utama dlm citer ni. BFF, hingga akhir hayat, insyaAllah. Nunun sampai umah aku kul 11.30am. seperti yg dijanjikan. aku tgh wat topping utk cupcakes nk deliver kat bukit kiara kul 1pm. (Mom, thanks tlg jd delivery girl that day. Muaahahahaha...Love u mom) Sementara tunggu aku siap, layan diri dgn nasi goreng n coffee yek. ohhh...InTrend Ogos sbg penyedap rasa.

Siap2 kami serang Jalan TAR. Park dekat Semua House. berjalan ke 1 kedai ni. emmm...tak de yg berkenan dihati. Lace nya ok...tp xde jual sepasang ngn lelaki.

Jakel
Kami menuju ke Jakel. Tak buang masa, terus naik tingkat 3. Hambik ko, mcm2 ada. Name it.

"Cari baju kawin dik? Kain lace ke Chiffon?"
"Kain lace" kami senyum saja.

menuju ke bahagian kain lace. Rambang mata. tak tau nk pilih mana satu. nak cari warna pastel je. nanti overshadow pulak. Pink. sgt sweet. tp lelakinya nanti... bkn semua lelaki OK with pink. pening...akak yg layan ktorg tu pun mesti pening jgk. hahaha...

"adik ni ke yg nk kawin?" bertanya padaku.
senyum saja "belum lg kak, kawan sy"
"ooo...nk tema colour apa?utk nikah ke sanding?"
pecah ketawa kami
"utk pengapit kak, sbb tu nk colour light je... nanti over dr pengantin pulak"
akak tu menganguk faham.

"adik ni mcm pernah nampak la. pernah dtg sebelum ni kan" sorg la sales assiatant tegur aku.
senyum saja. cuba ingat, ada ke ye?
"dulu pun dtg beli baju kawin gak kan. ngn sorg kawan tu"
ooohhh....ngan fiza la tu.
"aah, ada kak. kwn sy tu kawin dh pun"
"adik ni dh kwin"
hahahaha...hot question. senyum "belum lg kak"
"tak lama lg la tu"
"alhamdulillah, InsyaAllah"
Baju sanding sebelah nunun colour offwhite, pengapit pakai soft pink mmg cantik. agak sweet.
Sebelah suaminya colour champagne, pengapit xtau nk match colour apa. cream mcm xnaik. gray mcm xbest pulak. pengapitnya yg susah nk decide pakai colour apa (haku la tu ;P)
Last2 terjumpa satu yg berkenan di hati. Chiffon, dark green lining gold. mmg cantik. aku suka suka suka tersgt suka. biar mahal sikit, asal boleh pakai lg. klu beli lace, nanti malu nk pakai klu tak kena tempatnya.
Status: Baju pengapit, settled.

Tgh2 sibuk mencari baju pengapit yg over acting ni, terjumpa veil yg nunun suka. panjang n simple. bagus, mmg rezeki. dapat discount lg. mau tak, ratusan hengget dh abis.
Status: Veil, settled.

habis di tingkat 3, kami turun la. dh kuar boleh masuk balik. hahaha... Lupa nk beli kain lining utk jubah nunun. sbb jubah batik tu agak jarang la. mmg ada dlm list brg yg perlu dibeli.
Status: lining jubah, done

opppssss...ternampak kain pelekat dlm container yg agak presentable. for a gift utk sedara-mara sebelah nunun. harga setelah discount berpatutan. maka, beli.
Status: gift (man), done.

Cityone Plaza
Simpan semua barang2 kat kater dulu. dh penuh tangan dh ni. Berjalan ke cityone plaza. Nk cari accessories. Rantai panjang yg simple je. Masuk kedai sana sini, xde yg tersangkut. blah je la... settlekn yg lain2 dulu.

Semua House
Nk cari kadai printing, terjumpa kedai accessories. Singgah dulu. Jumpa apa yg dicari. Rantai silver dan tanjak songkok (betoi ke nama dia tanjak. klu salah bg tau yek). Harga sgt ok. beli. Sebelum kuar, tya adik kat kedai ni location kedai printing. Kat bawah rupanya.
Status: Rantai silver, settled. Tanjak, settled.

De' Armani Niaga. Thank you tag utk door gifts. Sementara Nunun tguk2 design tag, aku selak2 album name card. mmg nk buat, tp xantar printing lg. Alang2 dh masuk kedai ni, tguk harga pun ok, service pun baik, buat kat sini je la. Bukak bil, utk name card n thank you tag. Bayar depost.
Status: Thank you tag, done.

Tiba2 mata member aku ni ternampak gift box. cantik. sweet. mmg ada dlm list nk beli. nk buh gift utk sedara-mara perempuan. harga, sgt ok. beli.
Status: Gift Box, done.

Sogo
Ke kaunter Estee Lauder dulu. Nk beli Pink Ribbon Collection limited edition. Kat sogo xde pulak. selected counter only. Masuk MAC, cari Disney collection limited edition. Pun xde. xsampai lg katanya. Last collection, colour yg tinggal xminat. tguk itu ini, habis 429 jugak la. xpe2. keperluan.investment.

Status update: barang Nunun, semua nk semua ada. Brg aku pun sama. Alhamdulillah... urusan kami dipermudahkan.

Nk gi open house umah Lina mmg tak larat dh. masuk secret recepi. baru igt nk makan ;P

Oh ye, paking kena rm15. huhuhu...