Wednesday, March 9, 2011

+1

Syukur pada nikmat yg Allah berikan. Hari ni masih lg sihat dan bernyawa.
Terima kasih pd ibu yg melahirkan, mendidik dan membesarkan. Terima kasih pd insan-insan penting dlm hidupku yang tak penah jemu memberi kasih sayang. Bahagia dalam kasih dan rahmatNya.

Melangkah setangga lg. Moga terus kuat dan tabah menempuh liku hidup di dunia. Mohon dipermudahkan segala urusan dan diberkati segala usaha.

Hati jangan pernah berubah.
Kaki teruskan melangkah di jalan yg lurus.
Akal fikirlah dgn iman.
Jiwa belailah dgn kasihNya.

Bersedia menjawab soalan cepuk emas mereka yg sayang dan mengambil berat. Maaf kerana masih belum mampu memberi jawapan yg dimahukan. InsyaAllah, percaya dan yakin pada ketentuan dan perjalanan yg telah Allah tetapkan buat hambaNya.