Thursday, December 30, 2010

Senyum

thanks to Gamuda, mereka yg terlibat secara lansung atau tidak lansung. ewahhhh...mcm ucapan menang anugerah.

suke sbb esok cuti, boleh main masak-masak cupcakes. so ari ni last day keja utk thn 2010. takyah la sampai nk melabuhkan tirai, cukup setakat tutup dan kunci pintu saja. lg pun tirai kat opis ni bukan jenis yg boleh dilabuh2kan. igt keja kat istana budaya ke???

tiba-tiba terasa nk tya diri sendiri, apa yg dh disumbangkan pada company sepanjang 2010? cukup tak? adakah amanah telah dilaskanakan dengan baik?

mampu tersenyum. tp belum boleh berpuas hati. masih byk lg yg boleh diperbaiki dan pelajari.

* petang ni ada jamuan akhir tahun kat QSHE department. teringat lak zaman sekolah. jamuan akhir tahun adalah aktiviti wajib semua kelas dan persatuan. memori yg sgt sweet.

org kata, company kata apa pulak ye???

walaupun dengar 'org kata' perkara yg kurang sihat, tp bab ni mcm nk terpengaruh la ngn 'org kata'. kali ni mcm mendatangkan kebaikan je. mau tak baikkkk... cuti free, sapa xnak.
Ada sikit masaelah, boss besar HR tgh bercuti. sapa nk buat announcement ni? someone plz take charge. plz plz plz... penantian satu penyeksaan. tolong la katakan ianya benar, benar belaka [ok, terover sudah ;P]

org lain penat-penat main bola, org lain lak yg dapat cuti. Hihihi... ^_^ 10q Harimau Malaya. should i thank to Gamuda too??? belum lg, simpan dulu. ekekeke...

sabar menanti announcement itu. harap2 good news.

Friday, December 24, 2010

ikhlas

IKHLAS. sebutnya mudah. aplikasinya tak semudah sebutan.
sepatah perkatan yg besar maknanya. sebarisa ayat yg bisa mengubah dunia. ewahhh...berbunga-bunga lak ayat aku ni.

xkira dlm apa pekerjaan, perhubungan, persahabatan dan situasi perlu ikhlas. pebuatan yg diiringi dgn keikhlasan selain daripada pahala, insyaAllah akan mendapat ganjaran yg tak disangka-sangka. perhubungan yg berpanjagan. kasih sayang yg abadi.

katakn tidak pada 3M : mengeluh, mengugkit, mengharap
sekiranya ada 3M ini, maka kita tidak boleh ketagorikan ia sebagai IKHLAS.

bila ikhlas, kita akan jadi org yg cool. percaya la, ianya berbaloi. hati senang, jiwa tenang.

Ikhlas bukan pada ayat, ianya dari hati.
 

Tuesday, December 21, 2010

Jerawat di ari Photoshoot xmas

Jerawattt!!! masalah xkan ada dgn Oxy. hihi... ada jerawat besar dekat pipi. dh seminggu tak surut2 ni. gatal lak tu, rasa nk garu2 je.. garu kang baru tau...

baru pas photoshoot utk xmas card. sbb jerawat sblh kiri, so aku kasi pipi sebelah kanan je utk masuk gambar. xyah susah2 nk edit2 lak nanti. ekekeke... ni bukan kes tipu peminat, kes cover line je... ecehhhh...statment mcm artis pulak.

department aku mmg best. 1 Malaysia. semua perayaan kita sambut. nk cuti raya pun senang. xyah nk berebut-rebut.

oh ya... dapat topi xmas free... ^_^
n end year department lunch too...yes, free also. thanks to the company.

Thursday, December 16, 2010

Accident || gonna miz my cyg

tarikh: 15 Dec 2010
masa kejadian: 7.35 am
lokasi kejadian: depan umah


pagi td kuar awal sikit sbb nk antar whoopie pies kat akak. selalunya aku kuar umah kul 8.15am. baru nk try kuar awal, mcm ni lak jd. ok, psni xmau kuar awal lg. ekekeke...

lepas kunci gate, masuk kater, masuk gear, tguk kiri tguk kanan tguk kiri, tekan minyak. tiba2...booomm boommm kebabommm... (tak igt aku jerit ke tak time tu) diiringi bunyi hon dr kater yg melanggar tu. dh langgar baru nk hon. lawak pertama yg makcik ni buat.

kereta berkenaan stop lebih kurang 10 langkah dr kater aku. xde yg cedera. hanya kereta je yg cedera teruk.


tak igt la 1st word yg makcik tu cakap... yg aku igt aku ckp kat dia: "akak laju...ni kan kawasan perumahan" (walaupun dia makcik, tp aku panggil akak jgk la)
dia agak meninggikan suara "sy mmg pantang org kata sy bawak laju"
monolog dalaman haku: OK FINE
"sy minta maaf klu statement sy xbetoi. tp klu akak xlaju, xkan teruk mcm ni"
"i xlaju...u yg tiba-tiba keluar. u should tguk dulu. pastikan xde kereta baru keluar" makcik ni tgh selokahkan aku. aku senyum je...
"sbb sy sure xde kerata la sy kuar"


beberapa kereta polis yg lalu kat situ pun stop. hanya mendengar dan memberi pendapat.

"jd skrg awak nk kata sy yg salah la..."
"mcm ni la kak, kita gi buat report dulu" aku mmg xkuasa nk bertekak ngn org mcm ni. xmembantu menyelesaikan masalah lansung. hanya membuang masa. 

aku gi ke kereta jap, sbb nk amik name card. makcik tu tgh sembang2 ngan polis2 yg ada kat situ. apa yg disembang xtau la pulak kan. pastu polis2 tu tolong tolak kater makcik ke bahu jalan. mmg dh xleh nk gerak, sbb tyre dh terkeluar dr rim. tu yg dikata xlaju... lawak ke-2 yg akak ni buat.


mama aku dh sampai di tempat kejadian. td aku call sbb nk inform xjadi nk breakfast sama sbb accident. ok, rupanya aku telah merisaukan mama dh buat dia berpatah balik. 

aku gi semula ke arah makcik berkenaan, siap offer nk suruh insurance aku tolong towing kn kater dia (mcm pasrah je kan). oppppssss...baru aku perasan gambar kat name tag dia pakai tudung. tp skrg dia xpakai pun, sbb xsempat kot. -lawak ke-3

too bad, insurance aku xmau buat. dia kata biar kater tu selesaikn sendiri, sbb sapa yg bersalah belum ditentukan lg. aku pun mcm lurus bendul sampaikan kat makcik tu mcm tu. 


sekali lagi "mmg u yg salah. polis tu pun cakap u yg salah"

oh...bila pulak polis tu ckp mcm tu yek. xdgr pun...mgkin waktu aku gi amik card kat kater kot. aku senyum je..."xsure lg kak. kita tguk kat balai nanti mcm mana"

sempat mama beramah mesra ngn makcik ni. dia kata "sy ni mmg nk cepat. nak antar anak gi skolah sbb ada kem. nk ke pejabat lg. mcm2 hal pulak jad. minggu lepas org langgar belakang. padahal kita drive elok je. ari ni pulak jd mcm ni. Apa punya bala la..." lawak ke-4 (emmmm...elok ke yek???)



wahhhh...agak ganas statement makcik ni. patutnya bersyukur sbb semua selamat. xde yg cedera.





Lokasi: Balai Polis Bandaraya


terjumpa sekali lg ngn akak a.k.a makcik tu kat balai. waktu aku kuar dr bilik sarjan, makcik tu ada kat luar.
"so mcm mana? siapa yg salah??? sy ke???"
makcik ni agak nebes sbb aku keluar senyum je...
dgn memberikan senyuman terakhir "akak tya sendiri nanti ye...". saja je nk nebeskan makcik tu sbb cara cara dia tya sgt sarcastic.


apa resultnya??? 
mengikut undang-undang traffic, mmg aku yg salah. sbb aku di kira berada disimpang dan makcik itu di jalan utama. sarjan tu xnafikan makcik tu mmg laju, melihat pada keadaan kereta. tp kita tak boleh nk buktikan kelajuan kater berkenaan. 


yes, tu aku mmg tau. xkisah pun. tp agak geram ngn makcik tu yg xrasa bersalah lansung n xmengaku drive laju. the best part, tak minta maaf pun. ye la...xrasa bersalah, xkan nk minta maaf kan. oh ye, makcik ni pakai tudung pulak bila sampai balai. betul kn aku kata, tadi dia mmg rushing of time.


*****************************************************************************
kereta dh selamat masuk icu kia. dia try siapkan within 1 month. lamanya... kerosakan agak teruk dr mata kasar. belum tguk dalaman lg. kesian picanto ku... i'll be missing u cyg :(



petang baru gi klinik. badan dh rasa sengal-sengal. baru terasa urat laher dh tegang. kepala ada banjol dan tangan bengkak rupanya. sbb hentakan kat cermin pintu waktu perlanggaran tadi. MC utk 2 hari. klu tak elok jgk esok, doktor suruh dtg lg utk pemeriksaan lanjutan. harap semuanya ok.

keadaan kereta aku: di sini


thanks to family & friends yg concern. byk sgt call, sms & fb comment. sorry klu ada yg xsempat angkat nor replay. doa kan sy recover cepat yek... syg semua ^_^

Monday, December 13, 2010

Hilang

Tak tahu kenapa baking blogku http://kayangan-chocolatelover.blogspot.com/ dh seminggu MIA (missing in action). Pakcik Google n makcik Yahoo dgn bersungguh-sunggunya telah berjaya menjumpai blog ini. Tetapi, En. Blogger kata, NO NO NO ENTRY. Siap kasi notice lg : Sorry, the blog you were looking for does not exist.  Ada ke patut?

Dalam my blog list, ada lg blog ni. apa kes???
Adooiiiii...sgt kecik ati dgn statment itu. tak keruan dibuatnya. apa salah yg aku dh buat ni. ekekeke..terover acting lak.

Camne yek???

Tukar Blog address (URL)???

Nk kasi nama apa???  *Blank*

i-City & Yong Tau Foo Sarawak

ni n3 ter'delay'. tp sbb dh janji nk citer pasal i-City kat n3 terdahulu, kena citer gak la yek.

Selesai photogshoot kat umah Fahrin, kami pun mengundur diri. Jam dh kul 7:10 mlm. Hari masih hujan renyai-renyai. Perut lapar sgt. Mau tak... duk kat maja pengantin bukan leh mkn banyak pun. Mkn 2-3 sudu je tau. Kejap2 pause, tangkap gambar. baru nk start suap dh sampai time potong kek pulak. Adoooiiii...rugi tul... tp sempat mkn udang goreng tepung. Nyammm nyammm...

Perut minta di isi. Kami ke kedai member yg jual Yong Tau Foo Sarawak. Sangat sangat sangat SEDAP. kuahnya pekat. cukup rasa, cukup pedas, cukup semuanya. 5 bintang (tgh citer ni pun, terasa2 kat tekak). Kedai ni tepi jalan je, berdekatan dgn i-City. mmg utk take away je. tokei ni member kan, so kami lepak mkn kat sana je. tumpang mkn kat meja tuan rumah. hihihi...

Lepas dh kenyang, kami berjalan menuju ke i-City. Jalan je la , bkn jauh pun. Rupanya nk masuk dh kena bayar RM2 utk pejalan kaki. siap ada kupon lg. ekekeke...kelakar jugak. kami pun meredah masuk ikut lorong pejalan kaki. dh mcm jungle tracking la pulak. naik bukit, naik tangga baru sampai. sebelum sampai atas, dh start possing dh. pokok putih, merah, oren, hijau semua ada muka dorg ni. Ramai betul org mlm tu. hujan renyai dan tanah becak benda minor je. bila berpossing lupa terus semua tu. Oh ya, kami beli headband telinga bunny. Comel... mmg comel. ramai mata yg memandang. pandang headband ok. dr budak kecik sampai org dewasa. ekekeke.... kecomelan naik 20% (ni ayat ana) hahaha... yg bertanya beli kat mana pun leh tahan. dh jd duta headband telinga bunny tak berbayar ari tu.   

Sgt enjoy the moment dekat i-City with Zeera, Kadri & Ana ^_^

Monday, December 6, 2010

Bergenang Air Mataku

Dh dapat menduga. gerak hati sgt kuat. xmau spekulasi. xmau gossip2. mahu dgr dr mulutnya sendiri. terjawab semuanya hari ni.

gerak hati ku tepat, terutama dgn org yg rapat. bergenang air mata mendengar pengakuan itu.  terasa sejuk tangannya. namun, tuturnya tenang sekali. mungkin sudah kebal agaknya. rasa mcm tak percaya...orgnya cantik serba serbi. dr paras rupa, tutur kata. tak keterlaluan klu aku katakan wajahnya jauh lebih muda dr usia sebenar. tuturnya sopan, lemah lembut. selalu tersenyum dan ketawa. sgt sempurna...

segalanya telah berakhir. beberapa bulan yg lalu. adakah aku yg tak cukup peka, atau dia yg bijak menyembunyikan rasa. aku hormat perasaannya.

"mmg betul dunia ni tak adil kan" statament yg ditutur sambil tersenyum.
"dunia ni adil kak. itu sifatNya, Maha Adil. cuma kita tak tahu hikmah yg dirahsiakan" jawabku tenang. supaya hatinya juga tenang. dlm hati dh sebak dh ni....

sementara tunggu food sampai, sempat dia tunjuk aku 1 text from him. masih baru, pagi tadi. antara bait-bait ayat yg aku capture "...andai dapat ku undur putaran masa..." penuh penyesalan.

Sifat manusia mmg mudah lupa. jarang kita hargai benda yg ada depan mata. bila dh kehilangan baru nk menyesal. mmg susah nk dapat peluang ke-3. sepatutnya peluang ke-2 digunakan sebaik mungkin.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."
(Al 'Asr 103: 1-3)

Dia terluka, tp masih mampu tersenyum. menitis juga air mataku. memang aku tak layak nk komen statament ni. sbb aku belum masuk ke fasa itu lagi.

Happy Birthday kak. Moga dipermudahkan perjalanan hidup dan bahagia dunia akhirat. Amin...

Wednesday, December 1, 2010

Bila kawin???

rasa nk ketawa tergolek-golek. melampau tak? ekekekeke...
statement ni lg melampau : kawin tak ajak pun... 

hadoooiiiii...mcm mana nk ajak. kawin pun belum. seperti n3 sebelum ni, diriku hanya seorg bridesmaid. bkn bride to the groom yet. ohhh...gambar2 dlm FB tu as bridesmaid ok. ehhh...rasanya baju tu tak overshadow pengantin. adakah aku pengapit lupa diri? ekekekeke....

jgn ada yg kecik ati lg yek. dearest friends, korg mmg sweet sgt. xsabar nk tguk aku naik pelamin yek. Sabar yekkk...
InsyaAllah, bila sampai jodoh yg telah ditetapkan olehNya akan diberitahu. Love to have korg around on my important day. Bila??? hanya Dia yg lebih mengetahui. sbb korg yg mcm lebih tak sabar kan, cepat Doa & Amin beramai2.Haiiipppp...doa yg terbaik2 aja, dipertemukan jodoh dan dipermudahkn oleh Nya ^.^

Last month of 2010. makin lama makin cepat masa berlalu. setahum mcm sebulan, sebulan mcm sehari, sehari mcm sejam, sejam mcm seminit, seminit mcm sesaat. semua ni telah termaktub dlm kitab. 
renung2 kn...