Wednesday, June 20, 2012

E-day || Hantaran B

Bayak kena wat review ni... Pada B2B yang bertanya sabar yek, D akan buat n3 satu per satu.

Ok hari ni jom citer pasal hantaran.

Sememangnya pemberian hantaran merupakan adat Melayu yang dijadikan amalan sejak dulu lagi. Hanya trend saja berubah-ubah mengikut edaran zaman. Mengenai apa barang hantaran yang perlu kasi utk e-day dan w-day, terpulang pada perbincangan kedua pelah pihak. Tak ada apa2 guideline, cuma perlu sensitif pada adat dan budaya kita.

Hasil perbincangan dengan tunang tersayang (waktu tu lum tunang lagi la kan...) kami dh sepakat dengan bilangan 7 dulang berbalas 5 dulang untuk kedua2 majlis. Kat sini D listdown hantaran buat tunang tersayang berserta gambar hasil sumbangan dr lensa Abg Nik, Iffa & Kadri.

Theme: Royal Blue + crystal
Accessories: Dulang tembaga + Bantal hantaran (DIY)
Deco: Fresh flowers of Blue Hydrangea, Soft Pink Roses and Baby's Breath

Tepak Sirih ♥ By Mama Long
 Disediakan oleh Mama Long, mak sedara D yang sulung. Waktu akak pun mama long yang buatkan tepak sirih. Kata orang barang2 dalam tepak ni seperti kapur, pinang, gambir, sirih, ect dan cara susun nya membawa maksud yang tertentu. So kita serahkan pada yang pakar jer la sbb D memang fail bab ni.  Tepak merah ni pulak turun temurun punya, milik arwah opah. Barang lama memang bagus buatannya. Tenunan emas tu sikit pun xluntur. Pemberian tepak sirih merupakan adat dan ia dikata sebagai pembuka bicara dan kedatangannya membawa hajat yang sangat besar.

Bunga Rampai ♥ By Mama
 Hasil kerja tangan Mama. Buat malam sebelum majlis. Bau dia best sgt...Semerbak satu rumah bau pandan dan air mawar. Best!

Macaroons ♥ from Sis
 Si comel macaroons dari Nathalie Gathaliegourment Studio, telah ditaja oleh kakak ku yang vogue. Serious best sgt macaroons ni.

Baju Melayu + songket
Kain baju melayu colour putih dari Euro Moda. Idea asal lipatan dari mama dan dibantu oleh Ita.

Ferrero Rocher ♥ from Nunun + Fahrin
Coklat tajaan Nunun & Fahrin. Awal2 dh cakap nk sponsor FR. Untuk deco kita serahkan kat mama.
Ni jer yang 100% hasil sentuhan sendiri. Hahahaha... ofcoz it's homemade. Rainbow cake yang tinggi, berat dan yummyyy. Kek ni sgt special dlm perjalanan cinta kami ;P

Pulut Kuning + Rendang ♥ from Kak Aishah + Raja 
Tajaan lagi... dari kawan mama kak Aishah dan Raja. Mereka jugak bayak membantu dalam persiapan majlis. Pulut dan rendang itu sangat sedap!!!

Untuk deco fresh flowers puas hati sangat. Merata2 cari florist yang boleh buat deco pakai fresh Hydrangea. Suke bunga ni... comel. with roses semestinya...
Alhamdulillah, atas bantuan tunang tersayang akhirnya dapat apa yang nak... Hydrangea dengan 3, 9 dan 10 roses. Yeahhh...

Nak cakap apa lg? Saya sangat suke dan bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusan kami! Dan sangat berterima kasih kepada yang telah menaja, membantu, terlibat secara lansung atau tidak lansung; feeling retis kejap ;D

No comments: