Monday, October 4, 2010

Saturday with Nunun

Sementara masih panas n fresh kat otak ni baik mula menulis. Nanti bila lemau xbest dah. N3 yg agak panjang. sila tarik nafas yek.

Nunun, watak utama dlm citer ni. BFF, hingga akhir hayat, insyaAllah. Nunun sampai umah aku kul 11.30am. seperti yg dijanjikan. aku tgh wat topping utk cupcakes nk deliver kat bukit kiara kul 1pm. (Mom, thanks tlg jd delivery girl that day. Muaahahahaha...Love u mom) Sementara tunggu aku siap, layan diri dgn nasi goreng n coffee yek. ohhh...InTrend Ogos sbg penyedap rasa.

Siap2 kami serang Jalan TAR. Park dekat Semua House. berjalan ke 1 kedai ni. emmm...tak de yg berkenan dihati. Lace nya ok...tp xde jual sepasang ngn lelaki.

Jakel
Kami menuju ke Jakel. Tak buang masa, terus naik tingkat 3. Hambik ko, mcm2 ada. Name it.

"Cari baju kawin dik? Kain lace ke Chiffon?"
"Kain lace" kami senyum saja.

menuju ke bahagian kain lace. Rambang mata. tak tau nk pilih mana satu. nak cari warna pastel je. nanti overshadow pulak. Pink. sgt sweet. tp lelakinya nanti... bkn semua lelaki OK with pink. pening...akak yg layan ktorg tu pun mesti pening jgk. hahaha...

"adik ni ke yg nk kawin?" bertanya padaku.
senyum saja "belum lg kak, kawan sy"
"ooo...nk tema colour apa?utk nikah ke sanding?"
pecah ketawa kami
"utk pengapit kak, sbb tu nk colour light je... nanti over dr pengantin pulak"
akak tu menganguk faham.

"adik ni mcm pernah nampak la. pernah dtg sebelum ni kan" sorg la sales assiatant tegur aku.
senyum saja. cuba ingat, ada ke ye?
"dulu pun dtg beli baju kawin gak kan. ngn sorg kawan tu"
ooohhh....ngan fiza la tu.
"aah, ada kak. kwn sy tu kawin dh pun"
"adik ni dh kwin"
hahahaha...hot question. senyum "belum lg kak"
"tak lama lg la tu"
"alhamdulillah, InsyaAllah"
Baju sanding sebelah nunun colour offwhite, pengapit pakai soft pink mmg cantik. agak sweet.
Sebelah suaminya colour champagne, pengapit xtau nk match colour apa. cream mcm xnaik. gray mcm xbest pulak. pengapitnya yg susah nk decide pakai colour apa (haku la tu ;P)
Last2 terjumpa satu yg berkenan di hati. Chiffon, dark green lining gold. mmg cantik. aku suka suka suka tersgt suka. biar mahal sikit, asal boleh pakai lg. klu beli lace, nanti malu nk pakai klu tak kena tempatnya.
Status: Baju pengapit, settled.

Tgh2 sibuk mencari baju pengapit yg over acting ni, terjumpa veil yg nunun suka. panjang n simple. bagus, mmg rezeki. dapat discount lg. mau tak, ratusan hengget dh abis.
Status: Veil, settled.

habis di tingkat 3, kami turun la. dh kuar boleh masuk balik. hahaha... Lupa nk beli kain lining utk jubah nunun. sbb jubah batik tu agak jarang la. mmg ada dlm list brg yg perlu dibeli.
Status: lining jubah, done

opppssss...ternampak kain pelekat dlm container yg agak presentable. for a gift utk sedara-mara sebelah nunun. harga setelah discount berpatutan. maka, beli.
Status: gift (man), done.

Cityone Plaza
Simpan semua barang2 kat kater dulu. dh penuh tangan dh ni. Berjalan ke cityone plaza. Nk cari accessories. Rantai panjang yg simple je. Masuk kedai sana sini, xde yg tersangkut. blah je la... settlekn yg lain2 dulu.

Semua House
Nk cari kadai printing, terjumpa kedai accessories. Singgah dulu. Jumpa apa yg dicari. Rantai silver dan tanjak songkok (betoi ke nama dia tanjak. klu salah bg tau yek). Harga sgt ok. beli. Sebelum kuar, tya adik kat kedai ni location kedai printing. Kat bawah rupanya.
Status: Rantai silver, settled. Tanjak, settled.

De' Armani Niaga. Thank you tag utk door gifts. Sementara Nunun tguk2 design tag, aku selak2 album name card. mmg nk buat, tp xantar printing lg. Alang2 dh masuk kedai ni, tguk harga pun ok, service pun baik, buat kat sini je la. Bukak bil, utk name card n thank you tag. Bayar depost.
Status: Thank you tag, done.

Tiba2 mata member aku ni ternampak gift box. cantik. sweet. mmg ada dlm list nk beli. nk buh gift utk sedara-mara perempuan. harga, sgt ok. beli.
Status: Gift Box, done.

Sogo
Ke kaunter Estee Lauder dulu. Nk beli Pink Ribbon Collection limited edition. Kat sogo xde pulak. selected counter only. Masuk MAC, cari Disney collection limited edition. Pun xde. xsampai lg katanya. Last collection, colour yg tinggal xminat. tguk itu ini, habis 429 jugak la. xpe2. keperluan.investment.

Status update: barang Nunun, semua nk semua ada. Brg aku pun sama. Alhamdulillah... urusan kami dipermudahkan.

Nk gi open house umah Lina mmg tak larat dh. masuk secret recepi. baru igt nk makan ;P

Oh ye, paking kena rm15. huhuhu...

No comments: