Thursday, October 6, 2011

Istimewa

Mula2 nk panjatkan syukur yg tak terhingga kehadrat yg Maha Esa atas semua perancanganNya.

DIA tak memberi apa yang kita mahu, DIA memberi apa yang kita perlu. DIA memberi yang TERBAIK buat hambaNYA. Kerna DIA lebih mengetahui.

Tak perlu nk citer kisah lama. Nk tau gak ke? xyah la... xde faedah pun. Biar kawan2 rapat jer yg tau. Mereka itu kawan sejati. Baik igt menda2 yg best jer. Hargai setiap detik yg berharga. Skrg dh la masa berlalu sgt pantas. Rugi klu igt menda2 yg xde faedahnya.

30 Sept 2011; 19.41
♥ called dh sampai kat bawah. Keja xsiap lg... mcm biasala... "Jap yek B...10minit..." "Iya ke 10minit ni..Sayang punya 10 minit tu selalunya 30minit". LOL, die mmg mengenali diriku. "Mana tau ni? Hikhik...B naik la dulu..."

5minit kemudian..."xleh masuk la sayang, B xigt password". Bertuah tul... Kena turun bukakkan pintu kaca yg auto lock after 6.30pm. Titttt.. (tu bunyi pintu...hikhik). Terkejut sy, tolak pintu jer dh ada depan mata. Walaupun dinding diperbuat dr cermin, mmg la xnampak sbb luar dh gelap. Ni cermin yg jenis org luar leh nampak dlm, org dlm xleh nampak luar. Sy jalan kat depan, xdela nk tunggu jalan seiring pulak. sbb nk cepat2 naik atas sambung kerja yg tgh buat. Teringat nk tya sesuatu, maka sy pun menoleh ke belakang. Ehhhhh... nampak tangan die sorok kat belakang.

Dgn tersengeh2 & tersipu2 "Ehhhh..." Dan sepantas kilat jugak "xigt la tu..." sambil menghulurkan sejambak bunga rose. "igt la B... Happy Anniversary..." "Happy Anniversary sayang..." Senyum sampai ketelinga dgn muke blushing2. "Sebenarnya Mya igtkan semalam, rupanya ari ni yek... Hikhik..." "B xterkejut pun klu sayang xigt... sayang igt tu yg B terkejut". Dussshhhhhh... hambik kau...
Senyum2 tguk bunga..."xde card yek B?" Boleh tak tya macam tu. Hahahaha...Sengal tul.
"Sayang nk card ke?" "Eh...xde la... Tya jer... Selalunya ada card" Sebenarnya risau klu "tersalah" lg.


"xmake-up yek ari ni..."
"pas solat dh malas nk make-up..." mulut cakap, mata xtguk kiri kanan. tangan jer laju tekan keyboard.
"lama lg ke sayang? banyak lg tempat nk gi ni..."
Sepantas kilat "nk gi mana B?"
"Gi makan la... Lunch td mkn tak?" "tak...xsempat..." "Cepat2 sikit wat keja tu. banyak lg tempat nk gi ni. Klu lambat B cancel kang"
Baru tersedar...Patut la tya xmake-up ke, lama lg ke, dh makan ke....oooo...rupe2nya nk ajak dinner. Apasal la aku ni slow sgt... Hadoiii.... Terus shutdown PC. xkan xpaham2 lg kan. keja leh sambung esok. Hari ni lg penting. Hikhik...

Since menghala ke Damansara Utama, dalam ati igt nk gi OU. Bkn rupanya... Curve pun bukan... Isshhh...mana yek... Ok dh sampai. Bora Asmara. Ada private function lak so xjd dinner kat citu. "B nk ajak sayang dinner kat sini sbb nk tguk tempat... Ada org wat wedding lak mlm ni. xpe kite pegi lg satu tempat" "Bila tu?" "Haaa...Nanti B bagi tau"
So, kami check-in kat Subak. Ok gak tempat ni... Pencahayaan dan suasana romatik.

Tenguk cahaya itu...(gambar ni dh edit...sy suke blusher itu)

Ada 2 group sambut birthday mlm tu. Kami sambil makan sambil sembang itu ini. "Td sayang tya xde card kat bunga tu kan. Sayang nk card ke? Nanti B beli yek?" Boleh tak die tya mcm tu...Hadoiii...
"xde la nk... just tya jer... sbb takut ada tp xnampak. xnk la bersalah utk kali ke-2. dh la silap tarikh. xbaca card lak. tp xde xpe la..." control2 buat muke xbersalah.

Dessert time... En. waiter bawak dessert ngn 3 envelop. 1st thing yg cross my mind, kena main game apa ni? Muke panic sekejap. Bila semua envelop dh siap susuh, oooo...baru tau... Terkesima + terharu (part terharu tu, wa control sikit).

"Banyaknya kad..." itu jer yg mampu terluah. "Td kata nk kad..." die senyum jer tguk reaction sy yg speachless. "xnampak pun B bawak semua kad ni... B letak mana?" serious tertanya2, sbb dr tempat kami duduk mmg leh nampak ngn jelas kater ♥. "Ada la...mane leh bg tau... Xnk baca ke kad tu?"

Ni la kad-kad dr En ♥.


1st card: Happy Birthday.
29 Sep 2011, 2nd birthday blog ni... Pada sy xde apa2...it just a blog. tempat sy merepek dan merapu pd mulanya. Pd ♥, setiap perkara yg sy lakukan walaupun kecil sgt besar pada die. Dia menghargai...


2nd card: A proposal
Lepas sy baca kad tersebut, beliau kuarkan pen suruh tick YES or NO. Sy tick mana? Ce teka ce teka... Hikhik... 

3rd card: A planner
... xleh nk kongis kat cni yek. Biarlah rahsia...



Nota cinta (mcm kelakar lak bila diBM kan) ;P
Terima kasih Allah atas anugerah yang telah Engkau berikan.
Terima kasih B atas: setiap saat cinta. setiap hari sayang. Joy and care. 1 hari 1 surprise.
Terima kasih juga buat kawan2 yg sentiasa mendoakan kebahgiaan dan kebaikan buat kami.

4 comments:

shuhadashahid said...

sweet gler....hik9..(xsangka pon ada..haha)
wish u two happily ever after~!! suke3.. :D

Dhiya Syazana said...

Macih Shu...sama la...xsangka jugak. igt dlm movie jer ada. Hikhik...

sykin said...

weh..bru taw..maniss gilosss!! leh kne diabetis nie!!

Dhiya Syazana said...

igt dlm filem jer ada mcm ni. Real life pun ada rupanya...sungguh tak ku sangka ;p