Tuesday, November 22, 2011

Jatuh Cinta Lagi... Auwwwmmmm

Cik D rasa sudah jatuh cinta dengan sukan bola sepak. Pas ni klu ada sesapa nk ajak tguk game bola sepak, ajak cik D sekali yek. Ehhh...tp cik D nk tguk Harimau Malaya & Harimau Muda jer. Ekekeke...


Tahniah Skuad Harimau Muda atas kejayaan dan kemenangan bermaruah di Sukan Sea 2011. Terima kasih coach Ong Kim Swee atas tunjuk ajar beliau.



Dalam perlawanan akhir semalam, Malaysia berjaya menewaskan Indonesia menerusi sepakan penalti 4-3 setelah perlawanan terikat 1-1 hingga ke masa tambahan. Dah mcm pengulas sukan pulak cik D yek. Ekekeke...tu semua org dh tau kan. yg xtguk semalam pun sure dh tau gak sbb kiri kanan depan belakang org ckp pasal kejayaan Harimau Muda kite.

Ada 3 part yg paling cik D suke sgt semalam.
1. Bila bendera Malaysia dinaikkan dan lagu NEGARAKU berkumandang di Stadium Utama Gelora Bung Karno, meremang weiiii... sampi ke lubuk hati.
2. Kerajinan Baddrol Bakhtiar (10) mengejar bola dan bijak mencari peluang, membolehkan Asraruddin Putra menanduk dgn penuh stylo dan menyamakan kedudukan 1-1.
-Selepas menjaringkan gol penyamaan-
Jenuh meng'google' gambar yg penuh stylo itu, tp xder pulak :(

3. Ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat mempertahankan gawang Malaysia.
 -memang gaya Harimau Muda la KFCM. hikhik-
Nk tambah 1 lg leh?

Mestila gol kemenangan dari kapten Baddrol Bakhtiar menerusi sepakan penalti.

Best! Best! Best!

Bukan sesuatu yg mudah utk menang di tempat lawan tuan rumah. Dengan bala tentera (penyokong) yang berganda2 lebih banyak dr kita. Apa yg telah di buktikan oleh Harimau Muda jadikan panduan buat kita.

POSITIVE, YAKIN & TEAM WORK

Pics credit to... semua yg terlibat. xigt dh amik kat web / blog mana >.< 

Seram sejuk tenguk game semalam. Siap pakai blanket lg. Tak sia-sia cik D drift dr Bangsar after jumpa client.

No comments: