Thursday, March 1, 2012

E-day || Checklist

Hi....Yup, lama menyepi dr blog ni. Sedikit rindu tak dinafikan. Mcm2 perlu diuruskan utk melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Ewaahhh...

Tik Tok Tik Tok... Dh masuk bulan 3. Tengok tickers kat sebelah lagi nervous... dup dap dup dap... Anyway, semuanya masih terkawal. Ok la Dhiya nk share sikit engagement checklist utk panduan B2B. Jenuh gak google engagement checklist, yg keluar kebanyakannya not for malay e-day.

Dhiya's E-day Checklist

1. Date - ni yg paling utama coz kebanyakan urusan bersangkut paut dgn tarikh dan masa. Terutamanya urusan booking itu ini. Yg 1st org akan tya, "bila n pukul bape". Betul Tak?

2. Theme - decide la nk tema apa. Contohnya: Arabian, Sweet n Simple or at least d theme colour mesti ada. After tat baru leh proceed ngn yg lain2 urusan.

3. List down invitation - Nampak remeh jer kan. ofcoz la yg dtg family, sedara mara n kawan2 rapat. Betul... Tp berapa ramai? Klu xlist down mmg xtau. So, MUST listdown dear...

4. Flow of ceremony - (Panjang pulak klu nk citer kat n3 ni... tunggu next n3 yek)

5. Khemah - Perlu ke? Perlu la... Walaupun pun kita xamik katering a.k.a masak sendiri, tp semestinya xmuat nk jemput semua tetamu makan dlm rumah.

6. Katering - Sekiranya jumlah tetamu / jemputan ramai, elok la amik katering. Nak2 pulak klu majlis selepas Zohor / Malam. Sure kena jamu nasi berlauk. Unless buat lepas Asar, boleh la buat Hi-tea. Kebaikannya, ahli keluarga dapat bersama2 dalam majlis. Xsalah nk masak sendiri klu anda ada tenaga kerja yg cukup ;)

7. Mini Pelamin - Optional. Mengikut tema majlis dan konsep yang anda suka. Jika memilih untuk ada pelain, pilih la warna yg agak kontra dgn baju. Tetapi tema perlu dikekalkan. Masukkan la colour tema tu kat bunga ke, deco2 ke. Yg penting, bila kita duk kat mini pelamin tu nampak la orangnya... Hikhik...
Contoh: Pertunangan Datin Paduka Umie Aida

8. Baju, Vail, Kasut, Tudung - Sopan, simple n elegant. Terlalu sarat sgt baju nanti org igt nk kawin lak ;p

9. Make-up - Go for natural sweet make-up. "Less is more" bebeh. Pilih MUA yg anda suke hasil kerja tangannya, friendly dan committed. So tat kita tak risau dan pening kepala di hari kejadian.

10. Photographer - Pilih photographer yg pandai 'bawak diri'. Gambar perlu ada 'jiwa' bukan nampak mcm dibuat2. Tak lupa juga, pilihlah jenis album yg anda suka.

11. Videographer - Optional. Tak der salahnya klu nk amik video utk kenangan. Sekiranya ada boleh juga di share dengan tetamu2 masa wedding reception nanti.

12. Hantaran -  Terbahagi kepada perkara yg bersangkut paut seperti di bawah ;D
  • Barang hantaran
  • Dulang
  • Alas dulang
  • Deco
13. Hand bouquet - Optional. Cuma klu ada cantik la utk bergambar ;P

14. Door Gift - Optional jugak.

Itu jer la buat masa ni... BTW, ni Dhiya pya personal checklist n view. Apa pun terpulang pada individu. Klu uols rasa ada lg yg penting2 tp xlist kat sini, inform yek.

No comments: